Thursday 16 August 2012

NASA ABU BAKAR: I LOVE MY BIG FAMILY



Nasa Abu Bakar dan isteri (kanan) bersama dua puterinya.

Ramai jugo secret admirers kakak den.... permintaan anda untuk gambar terkini tu nanti den cari .... tapi jangan terperanjat pulak, kerana kakak den tu sekarang macam anak daro ruponya cuma pelupo sikit .... Laki nya Hj Hamzah orang Kuala Pilah. Dulu, pangkat SO di Pejabat Tanah dan bukan Polis jang.
 Anak2 nya sumo dah kawin, dan ada yg kojo kat SIRIM Shah Alam. Yang tuo tu. Yang lelaki ada satu kojo Manager Maybank. Adik den Harun dah pencen Pelabuhan Kelang tapi ada kejo part-time kat Proton Shah Alam ... Tigo bini nyo, warisan bapak den agak nyo. Datuk Hj Rahman (bekas pemain tenis Davis Malaysia) ada kat Kelang dan dah pencen. Nazri duk kat Greenwood Gombak. Hajah Zainab duduk kat Seremban.

Ramai adik2 den duduk kat around KL and Kelang dan den sorang duduk kat USJ Subang Jaya. Masih aktif dgn biz dan kerja2 amal dan persatuan tempatan dan international.... Untuk mengisi masa lapang dan bertemu kawan2 baru dalam dan luar negeri.
Cucu setakat ini 3 orang dan anak ada 3 orang sahaja. Bini den pensioner UDA orang Melaka.Usia den dah menjangkau 66 tahun, Alhamdulillah sihat dan bersyukur kapada Allah .... ado rahsia to keep fit n healthy.... ado amalan nyo tu .... nak tahu akan cito lain kali. Tapi keno invest sikit.

terpicit bulak butang lain, belum habis den nak cito laei ...
Den ni batch Hj Karim Bidin dan Hj Nordin Awang. Sekolah mulo2 kat URES Rembau maso den duk kat kampong Tanjong Sena dan berpindah ke TBS masa di Tingkatan Satu agak nya. Pernah jadi Prefect ketika di Form Five... Cik Gu Hamzah jadi disiplin teacher ketika itu. GF berlambak maklum lah kita hero yang ada pangkat kat sekolah jadi Polis ( sch.prefect)... tapi sumo tu terlepas jadi isteri org lain.

Den jumpo jodoh setelah kojo kat Ericsson HQ Shah Alam sebagai Vice President Admin & Human Resource. Di sini merata-rata den berpeluang keluar negara mewakili Ericsson Malaysia. Sebelum tu den jadi orang Gomen, kerjo kat Immigration HQ Jln Tugu Kuala Lumpur dan Johor Baharu selama 6 tahun sahaja sebagai Pegawai Pasport. Boring jadi orang Gomen den cubo Private sectors. Syok pulak sehingga den berusia 40 tahun sahaja.... sebab I've reached the top post at Ericsson after taking over expatriate post at that time.
What next ! Den jadi biz man sehingga sekarang .... tapi now jengok2 aje ... ada anak lelaki tu yang jaga bersama managers nya. Den enjoy sama bini den visiting our children and biz and do lots of travelling. Now duduk berduo jo kat Condo kami sebab anak-anak dah ada rumah masing-masing dan dah pindah. We visit each other always. Anak den yg sulung biz man. No. 2 tu perempuan kojo kat oil & gas co. Baker& Hughes KL , Manager there, dan last one perempuan jugo kojo kat Sapura Aero di Subang Jaya after all graduated at local universities ajo.Den sorang ajo kat universiti atap kat overseas..... hehehe !

Buat Haji sama bini dalam tahun 2000 , Hj Zain sama buat masa itu. OK kawan den sambung cito lain di lain maso dan selamat berbuka dan selamat hari raya. Maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Haji Nasa Abu Bakar.  Khalid adik den ex Polis last pangkat DSP kot now as Vice President at Astro Bk Jalil.
Fadzil, Den tak ada problem untuk disiarkan ... apa sangat cito den tu .... cuma untuk dibaca bersantai-santai ajo ... Di samping mengenang semula kisah kito di zaman sekolah dan zaman kojo. Cito famili den ni memang ramai yg minat di luar sano, sebabnya bapak den memang ada 5 orang isteri tetapi dia biaso simpan 2 orang at one time.... tetapi setelah bercerai mati .

Yang den kagum tentang Abah den ni dia memang pandai merapatkan anak-anaknya dari omak-omak yang lain tu. Jadi kami tak tersisih langsung dan semacam datang dari satu porut. Boleh dikatokan setiap tahun kami adakan family gathering. Contoh, baru-baru ni buek kat Bukit Tinggi for 3 days. Semua dimestikan hadir anak- beranak termasuk cucu-cucu dan  menantu-menantu yang hampir seramai 200 orang. Kami ada 17 orang adik- beradik dan baru-baru ni sorang adik perempuan meninggal.  Zabariah nama nya dari my last mother ( kakak Datuk Nafsiah).  Di family Day tu kami dari setiap adik- beradik kena buat satu cito atau drama yg mengisahkan penghidupan harian kami dari kecil hingga dewasa terutama zaman persekolahan... Ada yang lucu dan ado jugo yang sodeh bila semua yang menonton sketsa ini yg dilakunkan oleh adik- beradik dan anak-anak kami. Kan interesting bunyi nya.
Di samping tu kami adakan pertandingan berpasukan bagi Golf, Futsal dan sukanika seumpama nya. Dari jalinan ini kami dapat mengeratkan lagi siraturahim kami adik beradik. Ini Khalid nak buat novel untuk keluarga Haji Abu Bakar our Legend, Masih dalam proses dan jika ada publisher mungkin kami terbitkan novel ini atau buat Filem mungkin....ehwah !

Kebanyakan adik- beradik kami masing-masing  ada talent .... Ada yg pandai menyanyi, berlakun dan berlawak .... serba bolehlah dan anak-anak buah pulak ada talent masing-masing. Itu yang syoknya apabila berjumpa. Memang tak koreng gusi. I love my BIG FAMILY. Bila senang sama2 sonang bila susah sama-sama kita menyolosaikan masalah masing-masing. Thank Allah for giving us  good parents.
Macam mana den nak cari Blog tu ? Kena daftar ke nak jadi ahli?










Monday 13 August 2012

MENGENANG AL-MARHUM TUNKU BESAR TAMPIN KE-6

Speech Day, TBS Tampin 1962

 


Majlis perasmian Bangunan Tambahan Tunku Besar Secondary School Tampin, 1962. Guru Besar TBS, Mr. S. K.P. Sivam sedang memberi takilmat sebelum dirasmikan YM Tunku Besar Tampin.
Al-Marhum Tunku Besar Tampin Ke-6,Tunku Dato' Syed Idrus Al-Qadri Bin Tunku Syed Mohamed.


Kediaman rasmi Tunku Besar Tampin di Jalan Tampin-Seremban, 1999, sebelum diubahsuai.

Tunku Besar Tampin Ke-6, Tunku Syed Idrus al-Qadri bin Tunku Syed Mohamad. Dilantik Tunku Besar pada tahun 1944.

PERGINYA PENAUNG ADAT DI TAMPIN

Tunku Datuk Syed Idrus Tunku Syed Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun, 26 Disember lalu kerana sakit tua. Syed Idrus adalah penanung adat bagi daerah Tampin, Negeri Sembilan bergelar Tunku Besar Tampin Ke-6. Berita tentang pemergiannya yang tidak akan kembali lagi ini sedikit sebanyak mengundang beberapa pertanyaan kepada orang ramai. Penduduk Negeri Sembilan, amnya dan penduduk Tampin khasnya. Sebabnya, cerita tentang wujudnya gelaran Tunku Besar Tampin tidak banyak diketahui orang, khususnya di kalangan anak muda.

Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, yang kini dalam usia persaraan, sampai sekarang masih belum jelas tentang signifikan nama Tunku Besar Tampin yang dikaitkan dengan sekolahnya. Setahu dia, sekolah itu sebelumnya bernama Government Secondary English School Tampin. Tiba-tiba pada awal tahun 1960an, sekolah itu bertukar nama. Bekas pelajar sekolah itu juga buat pertama kalinya dapat melihat wajah Tunku Datuk Syed Idrus yang bergelar Tunku Besar Tampin itu pada hari perasmian majlis pembukaan Bangunan Tambahan sekolah berkenaan pada tahun 1962. Syed Idrus adalah tetamu kehormat sekali gus merasmikan bangunan tambahan itu.

Menurut seorang ahli sejarah Negeri Sembilan, Norhalim Ibrahim, Tunku Besar Tampin adalah nama gelaran yang diperkenalkan Inggeris pada awal tahun 1830an dahulu. Pada ketika itu Inggeris yang menjajah Melaka sedang berperang dengan Naning, wilayah di utara Melaka yang enggan mengakui ketuanan Inggeris. Dato’ Naning dan para pengikutnya dengan bantuan Undang Rembau Ke-13, Dato’ Lela Maharaja Ngonit berusaha mempertahankan wilayahnya daripada dijajah Inggeris.

Inggeris mengalami kesukaran menakluki Naning. Inggeris menyedari bahawa tanpa bantuan orang tempatan, tidak mungkin mereka berjaya mengalahkan Dato’ Naning. Pada masa yang sama, Undang Rembau, yang mentadbir wilayah Rembau berada dalam keadaan “bermasalah” dengan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban dan menghalaunya keluar wilayah. Bagaikan menangguk di air keruh Inggeris “memujuk” Syed Syaaban membantunya mengalahkan Dato’ Naning, sekutu Rembau.

Inilah detik permulaan nama Tampin mula menjadi sebutan. Sebelumnya Tampin, yang menjadi sebahagian daripada wilayah Rembau Baruh adalah daerah yang dibuka sepenuhnya. Inggeris menjanjikan kepada sekutu tempatannya andainya Naning dapat ditakluki maka Tampin akan diserahkan kepada sekutunya setelah membuat perjanjian dengan Rembau.

Menurut Halim Syed Syaaban dianggap tokoh sekutu Inggeris yang banyak membuka rahsia kekuatan Dato’ Naning hingga akhirnya musuh utama Inggeris itu berjaya dikalahkan. Dan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban “ditabalkan” sebagai Tunku Besar Tampin, terpisah daripada wilayah Rembau. Wilayah pentadbiran di bawah Tunku Besar Tampin ialah Repah, Keru, Tebung dan Tampin Tengah.

Gelaran Tunku Besar Tampin ini adalah eksklusif untuk keluarga dan keturunan Syed Syaaban dan Tunku Syed Razman, anakanda Tunku Dato’ Syed Idrus adalah waris ketujuh dianugerahkan gelaran ini. Ditanya tentang kedudukan Tunku Besar Tampin dalam jenjang pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Norhalim menjelaskan, “Kedudukan Tunku Besar Tampin hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.” Ahli-ahli lain termasuklah Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Lazimnya gelaran Tunku Besar Tampin ini akan disebut bersamaan dengan nama Undang Yang Empat dengan kedudukan di bawah Yang Di Pertuan Besar. Namun, Tunku Besar Tampin tidak memiliki kuasa untuk memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar. Kuasa itu adalah hak Undang Yang Empat. Maka jelas, menurut Norhalim, kedudukan keluarga keturunan Syed Syaaban ini telah berubah dari asalnya sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau kepada hanya Tunku Besar Tampin.

“Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan suasana. Politik adu domba Inggeris berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Lebih parah lagi, sistem politik Rembau yang satu waktu begitu tersusun, habis lebur,” jelas Norhalim.

Apa pun, bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin itu melihat seperti ada hikmah di sebalik kekacauan politik yang berlaku akibat campur tangan Inggeris di Rembau, Tampin dan Naning. Setidak-tidaknya buat wilayah Tampin itu sendiri. Dari sudut geopolitik hari ini, ternyata Tampin lebih menonjol berbanding dua daerah kembarnya, Rembau dan Naning (kini lebih popular dengan nama Alor Gajah). Tampin hari ini adalah panggilan popular kepada pekan yang berkembar dipisahkan sempadn Melaka-Negeri Sembilan, dengan Pulau Sebang di belahan Melaka dan Tampin sendiri di belahan Negeri Sembilan. Kedua-dua saling menyaingi mengejar arus pembangunan. Kedua-duanya sebising dan sesibuk yang diungkapkan Blue’s Gang dalam nyanyiannya “Apo Nak Dikato”.

Seorang tua yang tinggal di sebuah taman perumahan di Tampin Tengah yakin “Tampin hari ini adalah hasil kejayaan orang terdahulu yang diketuai Syed Syaaban dan warisan keturunannya. Kalaulah bukan kerana usaha mereka membangunkan Tampin dengan bantuan Inggeris tempat yang saya diami sekarang mungkin masih hutan dan didiami orang buangan dari Rembau.” Kata-katanya itu bagaikan memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Tunku Dato’ Syed Idrus, Tunku Besar Tampin Ke-6 (Artikel ini pernah disiarkan dalam ruangan "Bicara A.F.Yassin" dalam Utusan Zaman, 2008. Kisah berdasarkan pandangan histiografis budayawan dan pensyarah UPM, Norhalim Hj. Ibrahim dalam beberapa pertemuan dengan beliau di pejabatnya di Seremban).

Friday 10 August 2012

"BY GOD WHAT A REUNION OF MATES AND STUDENT," SAYS ASHRAF HUSSAIN

Alumni Tunku Besar School Tampin, Mohd. Ashraf Mansoor Hussain.

Ini adalah nota tulisan tangan Alumni Tunku Besar School Tampin yang pada 6 Mac 2010 mengunjungi ghumah ese di Sg. Buloh, Shah Alam. Nama penuhnya Mohd. Ashraf Mansoor Hussain dan tinggal di Damansara Utama, Petaling Jaya. Beginilah bunyi nota yang diabadikan dalam diari Tahun 2010 ese: "By God what a reunion of Mates and Student - Mohd. Ashraf Mansoor Hussain 012 3728312, 69, SS21/27 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya."

Ese pun mombaleh nota eh macam ni,"Fated or just sheer coincidence. Of all the places, should it be at 1630, Jalan Gajah 9, Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh. TBS of yesteryears 6/3/2010."


Nota Ashraf Hussain di Diari 2010 ese...

Somuo ini bomulo bilo sopupu oghang ghumah ese, Munir, yang kito panggil Atan sajo, bokunjung ko ghumah ese untuk botomu dongan omak sodaro eh, Asiah Minhat, yang dio panggil Mak Yah. Omak sodaro eh ini nginap sobontar di ghumah ese dan Munir ambik kosompatan bokunjong. Munir bawak kawan eh yang jugak jiran tomankan dio ko Sg. Buloh. Bilo Munir kona an Ashraf kopado ese, dio toporanjat bilo nama sokolah TBS disobot. Ashraf tak sangko boto boleh jumpo school-mate kek tompek yang tak ponah dio dugo. Ese lupo tahun borapo Ashraf ini sokolah kek TBS. Yang tambah monakjub an dio ialah dio tokojuit amek-amek bilo dapek tahu anak buah ese, yang kami panggil Sazali Karim kami kona an dongan dio. Sazali jugak mengunjjungi kami. Ghupo-ghupo eh Sazali ini adalah bokeh anak murid Ashraf. Mako panjanglah coghito eh. Sudah eh, pertemuan sojam jadi lobih duo jam.

Pertemuan nostalgik di Sg. Buloh: dari kiri Alumni TBSST, Mohd Ashraf Mansoor Hussain, Ahmad Fadzil Yassin (1962), Omak Sodaro Munir Asiah Minhat dan Munir Hussain (Atan)
 
Kami pon coghito panjanglah, antara school-mates dan antara student-teacher. Munir lak bobual dongan omak sodaro eh dan jugo duo sopupu pompuan, iaitu oghang ghumah ese dan adik pompuan oghang ghumah ese yang nama eh Zubaidah, yang kami panggil Bai sajo. Sazali ini adalah monantu Bai, dio kahwin dongan anak Bai yang tuo dan tingga di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi.

Student-teacher relationship: Ashraf (kiri) dengan Sazali Karm berbincang tentang tahun-tahun persekolahan.
Pagi ini bilo toingat an poristiwa ini, ese tak abih-abih kotawo. Dalam kopalo masih ese tortanyo-tanyo: Of all the places...







Foto bosamo dari kiri: Ashraf (mombolakangi kamera), Sazali, Mak Yah, Munir dan Zubaidah Suleiman (Bai).

Friday 3 August 2012

FOTO NOSTALGIA TAHUN 1957 TAHUN MERDEKA!

Foto Nostalgia tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekumpulan Alumni TBSST bergambar ramai untuk majalah sekolah.
 
Ese postkanlah gambar tahun 1957 Govt. Primary School Tampin (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin). Ketika itu umur baru antara 12-13 tahun. Perhatikan Baris Tiga dari kanan, Norjan Mohd. Noor, Sharifah Nor, Anumah Saad, Zainak B...
akar, Masitah Yatim, Sharifah Nor, Latifah Tamin, Juriah Yassin, P. Savitri dan Saraswathy (kalau tak silap). Belakang sekali dari kiriMohd. Daud, Johari, Ahmad Fadzil Yassin, Nordin Mahmud dan Nasruddin Ali. Guru Kelas Mr. Nathan duduk No. 6 dari kanan
See More
Yesterday at 12:35am · · 1
  • Zahriman Alias Osah lawa eh budak Jenab tu, rambut beremos sikat ke tepi tu yang buek masing tergilo2....hahaha. Sei konal Cikgu Makmor, a close family friend, colleague of my late father and they shared opening ESSO station Rembau in the sixties with Dahalan Aman ex Adun Kota.
    Yesterday at 2:10am · Edited ·

  • Ahmadfadzil Yassin xYB Dahlan itu samo bojuang dongan Uwan ese, omak Masitah yang jadi poswanita Jenab lopeh episod Penang tu hehehe.
    Yesterday at 5:42am ·

  • Ahmadfadzil Yassin
    No. 4 baris dopan sokali itu Anwar Othman yang disobot2 Zain itu.Baik dongan Tun Ghaffar Baba. No. 5 Baris kedua dari belakang Mahat Yusof sokaghang ini oghang panggil dio penghulu di Kg. Melayu Kundang. Pornah jadi Ahli Majlis Daerah Gomba...
    k dan paling bopongaghuh kek Kuang kaghang ini. Nasruddin Ali Baris belakang kanan sekali dalam PDRM, terakhir dalam bahagian Risikan MI5. MI% ini apo eh, ese pun tak faham. No. 4 dari kanan baris belakang sekali Johari, budak pandai selalu bersaing dongan ese untuk nombor satu dalam kelas. Tapi pandai dio laie.
    See More
    Yesterday at 5:51am ·

  • Ahmad Fadzil Yassin Bukan Juriah Yassin tompi namo eh Sharifah Aji yang bodighi sobolah Latiffah Tamin tu...
    Yesterday at 6:05am ·

  • Abu Aman Bachik Gambar ini AFY memang dio yang se gilo gilo N tu. masih berdotus lai jantung se nengok eh, eee hebat lah awek kito ni. Dah 60 tahun lobih pun maseh berdotus lai jantung nengok eh.
    23 hours ago via mobile ·

  • Abu Aman Bachik AFY kau pun hebat yo lah sumo gambar ado kau simpan. Dapek se nengok eh. Tompi io membangkit an balik nostalgia kito dek eh. Apo koba eh awek kito ni nijam gek eh kan. Lawa lai de tak eh kan? Mesti lawa kan lawa tuo.
    23 hours ago via mobile ·

  • Hattar Othman Jeng jeng jennnggg, memang maha ghogo gamba-gamba lamo yang ese kato tak tonilai ni, Abang AFY ni memang special oghang eir. Ese pocayo banyak laie khazanah-khazanah lamo yang ado nie. Nunggu nak di kolua kan yo. Syabas bang.
    23 hours ago ·

  • Ahmad Fadzil Yassin
    AAB ese pon togagak nak tau camno lah ghupo eh budsk jenab ini kaghang. kalau ada saopo-sapo yang kona, zain ko atau zahriman yang kona dongan adik-adik eh ko atau abang he ko, kolua an gambar eh dapek yo kito tengok. gambar tu tiko umo eh ...
    13 tahun kaghang ini dah tahun 2012. makno eh dah dokek 66 tahun lobih umo eh. musti bogotah lai kot hehe. Buat Hattar Othman tak banyak gamba lamo yang ese simpan. adolah yang spesial lopeh budak Jenab ini. Tompi bia lah dulu, bilo ado coghito tontang budak-budak pompuan tu sok, kolua lah cito he...
    See More
    20 hours ago · · 1

  • Abu Aman Bachik AFY setkat ni kito tengoklah gambar yang ada. Kito tak tahu pun ado koh dio lagi tak. Kek mano tingga eh dan berapa orang anak eh kan. Ingin yo nak tahu. Maklum lah buah hati kito sokotiko dulu kan.

    Sent from my iPad
    2 hours ago via ·

  • Ahmad Fadzil Yassin Boto AAB. Tompek jatuh laie dikonang ini an pulo tompekbotontang mato. Kito jatok dek jolingan mato eh. Bilo mato botontang mato lidah kolu untok bokato...
    about an hour ago ·



  • Di rumah Sdr Ishak Othman. Saya dan istri telah menziarah beliau pa

  • Thursday 2 August 2012

    BELAJAR SEJARAH DENGAN MR. CHACKO 1961

    Tunku Besar Secondary School Academic Staff, 1962. Mr. M.C. Chacko is fifth from right Front Row.HM Mr. S.K.P. Sivam , seventh front row. Cikgu Dol, fifth from right front row

    Guru Sejarah Mr. M.C. Chacko tidak dapat saya lupakan. Dia seorang guru yang mudah diajak berbual dan didampingi. Dia tidak seperti guru-guru yang lain yang serius, jaga standard dan tidak kasi muka dengan pelajar. Oleh kerana Mr. Chacko mudah didampingi, dia kadang-kadang kena main juga oleh segelintir pelajarnya, terutama pelajar Form IV dan Form V.
    Pada suatu ketika beberapa orang pelajar menyembunyikan nota mengajarnya. Menurut pelajar senior, Mr. Chacko tak dapat mengajar kalau notanya tak ada dalam tangan. Memang benar. Pada hari itu, dia tidak mengajar tetapi meminta semua pelajar dalam kelas membuat esei sejarah yang didasarkan kepada sukatan pelajaran. Minggu sebelumnya dia seperti “mendenda” kami kerana menyembunyikan nota mengajarnya.

    Begitulah, saya melihat Guru Sejarah saya semasa saya di Form IV Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin pada awal tahun 1960’an dulu. Dia sentiasa ceria dan jarang marah. Jika dia marh dia akan terus diam dan ada kalanya meninggalkan kelas. Kami belajar sejarah dunia sejak zaman Air Batu hingga zaman Moden. Dia akan membaca catatannya  dan meminta kami menulisnya. Demikianlah kami berguru sejarah dengannya. Yang menarik tentangnya ialah keceriaannya itulah.

    Dalam satu kelas sejarah dia mengajar sedikit menyempang daripada topik. Dia cuba menyelitkan cerita perayaan agama yang diamalkan  oleh manusia sejagad. Ada sesuatu yang memancar daripada matanya setiap kali dia menyebut hari Krismas. Wajah gembira mengiringi ajarannya. Tidak tahu pula mengapa dia terlalu gembira menyebut nama Krismas. Barangkali dia penganut agama  Kristian, tetapi tidak ada pula tanda-tanda dia seorang penganut agama itu. Dia tidak punya nama panggilan yang menunjukkan dia seorang Kristian. Huruf M. dipangkal bukan Michael atau Manuel.
    “Apa pun,”katanya yang masih saya ingat, “Baik Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavalee atau Hari Raya, kita patut sama-sama  merayakannya.

    Menurutnya, Krismas adalah hari mengingati tentang kewujudan agama Krsitian dan hari lahirnya pembawa agama itu, Jesus Christ. “tetapi kadang-kadang  akibat sudah terlalu lama kita hampir lupa asal-usul dan sebab-musebab perayaan itu dan bagaimana perayaan itu perlu diamalkan,” katanya.

    Pada mulanya, kami berasa bosan juga mendngar celotehnya yang sedikit menyeleweng  daripada ajaran Sejarah, Namun, apabila dia mula bercerita  bagaimana tarikh 25 Disember dipilih untuk  merayakan Krismas kami mula pasang telinga.

    TBST School Librarians 1961. Mr. M. C. Chacko was the Library Teacher and Ahmad Fadzil Yassin (third from left seated) was the Chief Librarian.

    “Orang kata Krismas merayakan kelahiran Nabi Isa, betulkah?” tanyanya. Tidak ada jawapan dari kelas. Semua pelajar diam membisu tanpa menjawab. Mr. Chacko menuturkan bahawa Hari Krismas pertama kali dirayakan pada suku pertama Abad Keempat di Rom. Ini bererti  perayaan Krismas hanya bermula setelah 300 tahun Nabi Isa wafat. Hari peringatan ini  bertepatan  pula dengan  Hari festival Pagan (fahaman jahiliah) yang dipilih sendiri oleh Maharaja  Marcus Aurelius pada tahun 274. Maharaja Rom ini memilih hari itu  sebagai hari kelahiran Tuhan Matahari yang tidak dapat  dikalahkan. 

    Pada suatu waktu sebelum tahun 336, gereja Rom memperingati  hari kelahiran Nabi Isa juga pada hari yang sama. Dengan demikian hari kelahiran nabi Isa mula diperingati dan dirayakan  seawal tahun 336 dan tarikh keramat bagi  orang Kristian itu ditetapkan sebagai awal tahun gereja.

    Bagi Empayar Rom Bahagian Timur dengan ibukotanya Constantinople hari Krismas mula diperkenalkan  pada tahun 380. Pada tahun itu Padri Gregory memberikan pidatonya yang ke-36 dalam festival Cahaya untuk memperingati  kebaptisan Nabi Isa. Dalam pidatonya itu beliau mengingatkan  para hadirin bahawa pada hari Krismas  mereka seharusnya  mengikuti bintang  yang muncul pada malam keputraan Nabi Isa. Namun apa yang menarik  dalam merayakan krismas  ini ialah adat tradisi yang dikaitkan dengannya.

    Dikatakan, adat dan kebiasaan berpunca daripada banyak tempat itu adalah akibat daripada pertembungan hari perayaan antara kelahiran Nabi Isa dengan peringatan pertanian pagan dan pemerhatian matahari di tengah-tengah musim salji, api dan cahaya.  Simbol kehangatan dan usia panjang  telah lama dikaitkan  oleh kedua-dua penganut Kristian dan Pagan. Evergreen, simbol kelangsungan hidup punya hubungan yang lama dengan perasaan Krismas apabila seluruh Negara Jerman dikristiankan pad Abad Ke-8. Dalam perayaan itu penganut Kristian memperingati Hari Keputraan  Nabi Isa dengan pokok Rhu (fir tree) sebagai ganti pokok Oak.

    Rumah Mr. M.C. Chacko ketika mengajar di TBST.

    Mr. Chacko tidak ketinggal bercerita bercerita bagaimana  hari Krismas  pada mulanya dilarang  di Amerika Syarikat kerana bangkangan daripada pihak  Kristian  puak Puritan. Puak ini menganggap  perayaan ini perbuatan bidaah lagi menyesatkan kerana ia berpunca dari tradisi jahiliah. Namun sejak pertengahan Abad Ke-19, perayaan Krismas semakin menjadi popular dan ditingkatkan ke tahap komersial. Perayaan Hari krimas telah dijadikan tradisi kekeluargaan. Hdiah bertukar tangan pada hari itu.

    Mr. Chacko betul-betul bersemangat  bercerita tentang  perayaan hari Natal ini. Dia bercerita tanpa catatan sebagai rujukannya. Amat berbeza keadaannya berbanding jika dia mengajar Sejarah ikut sukatan.  Demikian pulalah keadaannya apabila  dia bercerita tentang Deepavali, Hari tahun Baru dan hari Raya Puasa. Dia bercerita bagaikan air lalu dan setiap kali bercerita seri wajahnya membayangkan  keceriaan yang tulus, lahir dari hati dan jiwanya.

    Ketika itu saya tidak mengerti mengapa Mr. Chacko begitu ceria mengajar padahal tanpa nota catatan di tangan. Hari ini setelah mendalami budaya dan tradisi kita seluruh warga yang menganuti pelbagai aliran dan fahaman barulah saya sedar bahawa kerukunan hidup adalah asas kepada keharmonian. Kita tinggal dalam satu kawah budaya yang majmuk .

    (Sebahagian daripada petikan artikel “ Selamat Hari Krismas” dari kolum “Sembang-Sembang” A.F.Yassin yang tersiar dalam akhbar mingguan Utusan Zaman, 25 Disember 1994).

    Klik Link ini:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...