Saturday 28 July 2012

PANGGUNG WAYANG PEARL YANG HANYA TINGGAL KENANGAN.


Dulu Panggung Wayang Pearl , kini restoran makan Cina


Terletak di bahagian Pulau Sebang, bangunan ini dahulu merupakan Panggung Wayang Gambar (Pawagam) Pearl Teater yang menyiarkan filem-filem Melayu keluaran Malay Film Productions. Di pawagam inilah hampir semua filem keluaran Shaw Brothers itu ditayangan kepada penduduk Tampin, Pulau Sebang dan sekitarnya. Filem-filem yang ditayangkan semuanya  yang "boxoffice".seperti filem-filem yang dibintangi P. Ramlee, Ahmad Mahmood, Salleh Kamil dan lain-lain. Masihkah kita ingat filem-filem seperti "Sedarah", "Iman", "Sarjan Hassan"  dan "Penarik Beca"?

Masih ingatkah cara pihak pengurusan pawagam ini mengiklankan filem-filem yang sedang dan akan ditayangkan. Dua bahasa digunakan terutamanya, dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam bahasa Inggeris kita baca perkataan "Today", "Tomorrow", "Coming" dan "Cheap Matinee". Dalam bahasa Melayu kita baca "Tayangan Hari Ini" atau "Hari Ini", "Esok", "Akan Datang" dan "Matinee". Masih ingatkan kita bagaimana tiket wayang dijual? Masih ingatkan kita begaimana pembeli-pembeli tiket berebut-buat menghulurkan tangan ke lubang tempat menjual tikek untuk mendapat tiket dengan di tangan tergenggam duit untuk dihulurkan kepada penjual tiket.

Tiket pula mula dijual setengah jam sebelum wayang bermula. Tiket yang paling mahal (kelas satu) berharga $2.40 sen , kalau tak silap dan tiket yang paling murah berharga 40 sen (duduk di depan dan tak ada kelas).Kalau tak silap penonton kena duduk bersela. Atau duduk dengan mendungak 90 darjah ke atas.

Panggung Pearl ini terletak kira-kira 100 ela dari Stesen Bas Pulau Sebang. Dua jam sebelum tayangan bemula, orang ramai telah berkerumun di kawasan panggung. Yang seronoknya sebelum ke panggung kita tak lupa minum cendol di bawah pokok betul-betul berdekatan dengan tempat menunggu bas Thy Lai, jurusan Tampin-Melaka. Berhampiran sempadan Tampin-Negeri Sembilan ada pula bas Eng Giap, jurusan Tampin-Kuala Pilah dan bas Southern jurusan Tampin-Seremban.

Oleh kerana Panggung Pearl ini tidak berhawa dingin, maka kipas menjadi unsur terpenting. Kadang-kadang berada dalam panggung terasa kita seperti kena layur dan berpeluh.Melalui filem-filem yang ditayangkan di panggung inilah kita kenal dan dekat dengan nama-nama P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Haji Mahadi, Yusof Latiff, Ahmad Nesfu, Kadarisman, Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Wanitanya kita kenal dekat dengan Saadiah, Zaiton, Saloma, Siput Sarawak, Dayang Sofia dan lain-lain.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Sesekali ketika melintas di depan panggug itu kisah lama menjelma kembali. Namun apakandaya, panggung yang menjadi kebanggaan penduduk dan pelajar Tampin dan Pulau Sebang dan sekitarnya  telah "selamat tersimpan dalam lipatan sejarah generasi yang kini telah masuk kelab pencen atau "Senior Citizen's Club".
Catatan Alumni TBSST 1962.
28 Julai 2012.

Monday 23 July 2012

SELENDANG SUTERA UNTUK ZAINAB....


Ilustrasi Cerpen "Selendang Sutera Untuk Zainab" seperti yang menghiasi cerpen itu di majalah URTV 1-15 Januari 1999.

SELENDANG SUTERA UNTUK ….
Aku melihat jam inding pukul 3.00 pagi. Tanpa gosok gigi dan mandi aku mencapai begi kecilku yang sarat dengan pakaian dan melangkah ke pintu serambi. Aku melihat ayahku tidur di hujung serambi. Dia seperti kesejukan dengan badannya “mengekot” bagai udang galah baru dimasak. Sedih aku melihat ayahku tidur begitu dan seoraang diri ula. Biasanya ayahku tidur di kamar bersama ibu. Barangkali ayah terlalu mengantuk untuk ke kamar lalu tidur di serambi. Ayahku baru pulang dari Kuala Lumpur membawaku pulang bersama Uwan Saadan. Seminggu yang lalu aku lari dari rumah.
Tidak sampai hatiku meninggalkan ayahku begitu. Dan sebentar lagi ayahku pasti akan bangun untuk makan sahur bersama ibu dan adik-adikku. Tetapi aku telah bertekad untuk memenangkan semula hati ayahku. Dan untuk itu aku perlu meninggalkan rumah dan kampong halaman. Aku dapat membayangkan betapa ayahku akan marah apabila mendapat tahu sebahagian wang simpanan, hasil durian pada musim yang baru berlalu, telah aku gunakan. Hasil jualan durian itu   

telah ayah masukkan ke dalam akaun simpananku. Dan aku telah keluarkan $200 tanpa pengetahuan ayah. Dengan demikian, sebelum ayahku tahu aku perlu menggantikan semula wang itu. Aku telah menggunakan wang itu semasa mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang seminggu sebelum bulan puasa dahulu.
Aku meninggalkan rumah menuju jalan besar kira-kira saatu kilometer (lebih kurang setengah batu) jauhnya. Aku akan menaiki bas menuju Kuala Lumpur semula dan kali ini aku akan meneruskan perjaanan menuju pantai timur. Aku membawa bersama Sijil rendah pelajaranku. Sewaktu aku meninggalkan rumah minggu lalu, sijil itu kubawa juga. Hajat hati hendak mencari kerja sementara di musim cuti akhir tahun itu untuk mengembalikan semula wang ayahku.Ketika itu selama tiga hari berturut-turut aku mencari kerja dengan mengayuh basikal, milik sepupuku, seorang anggota tentera berpangkat Sarjan yang tinggal di berek depoh di Malaya Command Jalan Gurney. Sepupuku anak-beranak pulang kampong sewaktu aku menyelinap masuk ke dalam rumahnya dengan memanjat tembok dapur dan tanpa pengetahuannya.

Pada masa seminggu itu, aku menemui pengurus beberapa panggug wayang di Kuala Lumpur, antaranya panggung wayang Cathay, Federal dan Capitol. Rasanya panggung wayang Rex juga aku pergi. Aku menemui mereka untuk memohon kerja sebagai pekerja panggung. Tetapi gagal. Aku juga menemui tauke restoran untuk menjadi pelyan atau tukang cuci pinggan. Namun tidak seorang pun mahu memberiku kerja. Alasan mereka aku terlalu muda. Badanku yang relative besar belum boleh menjamin aku diterima bekerja, kerana kad pengenalanku menunjukkan aku belum cukup umur[a1] .
Semasa menunggu bas di jalan besar di Kampong Perah, aku teringatkan masa-masa gembiranya bersama rombongan ke Pulau Pinang. Itulah kali pertama aku ke Pulau Mutiara itu. Sepanjang perjalanan dalm bas menuju pulau itu aku dan kawan-kawan sekolahku menyanyi dan menari dalam bas. Ada yang tanggalkan baju kerana kepanasan dan ada yang basah kuyup oleh keringat. Sepanjang malam ramai yang tidak tidur kerana kesukaan. (Bas yang membawa rombongan adalah bas Southern yang bernombor plat N 4050).

Turut dalam rombongan seorng primadona sekolah, rakan sekelasku. (Namanya  terpaksa dirahsiakan  bimbang sensitif- afy). Kawan wanita sekelasku ini sungguh ayu dan tak seorang pun akan jemu memandangnya. Mukanya bujur sirih dan kulitnya putih melepak. Ramai juga pelajar senior yang cuba mendekatainya namun dia pandai jaga diri. Adalah dua orang pelajar lelki yang si dia ini berasa senang berdmpingan, dan kalau aku tak perasan, aku salah seorang daripada dua pelajar itu.
Semasa berada di Pulau Pinang, aku mahu berdampingan lebih rapat lagi dengannya. Aku meminta bantuan sepupuku yang turut sama dalam rombongan (nama juga dirahsiakan bimbang sensitif). Sepupuku ini begitu intim dengan si dia.Di Kebum Binatang (Botanical Garden) aku menghampiri mereka berdua yang kebetulan sedang asyik berbual di satu bangku. Aku menyapa mereka. Si dia menjelingku hingga membuatkanku jadi tak keruan. Darahku berderau dan jantungku berdegup kencang.Aku dipersilakan duduk dan kami pun berbual panjang. Dan kami juga ketawa memanjang apabila ada cerita yang kami anggap kelakar.

Tidak ramai orang di persekitaran tempat kami duduk itu. Barangkali anggota rombongan yang lain serta pengunjung taman tengah asyik dengan kera dan monyet serta melihat pohon-pohon tua yang masih lagi utuh dibelai dan dijaga rapi.
“Kau tak nak kasi hadiah ke kepada orang sebelah  ini? Hari ini hari jadinya,” ujar sepupuku.

“Yang ke berapa” Ke 17 atau 71?” gurauku.
“Jangan nak mengada,” kata si dia. “Tengok orang ya!”

Lama juga kami bertiga di tempat itu sehingga Miss Loo Kim Leng (salah seorang guru pengawas rombongan memanggil kami. Aku memikir-mikirkan sesuatu. Inilah masanya untuk aku ingin buktikan yang dia tertarik denganku. Dan inilah juga masanya aku akan mendahului pesaing-pesaing yang lain untuk menambat hatinya. Petang itu juga aku bersama seorang kawan baikku, ke kedai pakaian. Aku memilih selendang sutera dan satu set sapu tangan untuk si dia. Sebelum itu aku mengeluarkan wang simpananku di pejabat pos.
Sepupuku berasa hairan dari mana aku dapat wang untuk membeli hadiah untuk si dia. Sepupuku itu tahu benar ayahku cuma membekalkan aku dengan $50 untuk kunjungan itu. Sepupuku melihat aku “happy” sahaja nampaknya.

“Kau curi duit kawan-kawan ke?”tanya sepupuku.
“selisih malaikat,” jawabku. “Aku pun ada duit simpanan.”

“Kau bukan tak tahu aku dapat biasiswa Federal setiap bulan,” ujarku lagi. Sememangnya aku terima wang biasiswa Persekutuan (Federal Scholarship) sebanyak $45 sebulan sejak Form 1 lagi.
Sepupuku tak banyak tanya lagi selepas itu tetapi sepupuku tetap kurang yakin. Si dia menerima hadiah dariku dengan senyuman melirik. Matanya lekat menerjah mataku sehingga debar jantungku kembali kencang. Aku bagaikan berada di mahligai syahdu dan rasanya aku benar-benar tengah mabuk cinta.

Aku tak sedar bahawa bas pertama pagi itu dari Tampin telah sampai di tempatku menunggu di Kampong Perah. Serta-merta ingatanku  kepada peristiwa di Pulau Pinang itu hilang semasa aku bergegas menaiki bas. Hari sudah tinggi benar apabila aku sampai di Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur aku menaiki bas ke Kuantan pula. Sungguhun aku belum mempunyai tujuan yang pasti tetapi aku teringatkan bapa saudaraku yang bekerja di Bandar itu. Walauun aku tiak ada alamatnya namun aku nekad mencarinya, paling-paling aku dapat menumpang beberapa hari dalam usahanya mendapatkan pekerjaan. Aku mengerti bahawa bapa saudaraku sekeluarga akan pulang kampong  beraya. Aku berharap dapat berhari raya di kampong sebaik sahaja aku dapat mengembalikan semula wang ayahku yang telah dipakai itu.
Di Kuantan, senja mula menyelubungi suasana. Bandar Kuantan aku jejaki buat pertama kalinya. Aku langsung mencari masjid yang rupanya berdekatan dengan stadium. Dalam keadaan begitu aku ingin menemui Tuhan. Pun waktu berbuka puasa hampir tiba. Aku hanya berbuka puasa dengan air paip dan nasi bugkus yang kubeli daripada warong behampiran. Selesai solat Maghrib aku memikirkn Hari Raya yang bakal tiba. Apakah mungkin aku Berjaya mendapatkan wang sebelum hari raya? Apakah ayahku akan merestui perbuatanku ini? Atau ayahku akan menempelakku. Aku tahu benar perangai ayahku seorang yang pebengis kepada anak-anaknya. Aku ingin mencari petunjuk. Dalam waktu yang bersamaan wajah si dia terbayang di depan mataku.

Ayunya dia. Kerapkali, selepas  sekolah, aku akan mengiringinya pulang bersama teman-teman yang lain yang akrab dan sekelas denganku. Kadang-kadang turut juga sepupu perempuanku dan kawan-kawan wanita sekelas yang lain. Rumah orang tua si dia ini tidak berapa jauh dari sekolah dan dalam perjalanan pula ke Stesen bas Tampin-Seremban. Sesekali tangan kami bersentuhan dan ketika bersentuhan si dia menjelingkan matanya kepadaku  dan diiuti senyuman yang hampir menghilangkan separuh imanku. Bagiku, ketika itu inilah wanita jatung hatinya, dan aku seperti berikrar akan bersamanya selagi hayat di kandung badan. Begitulah nekadnya aku meletakkan cintaku.
Pernah juga aku berkirim surat melalui sepupuku. Tetapi jarang aku lakukan kerana hampir setiap hari aku melihatnya di sekolah. Suratku dibalasnya, juga melalui sepupuku. Semakin lama semakin dekat wajah si dia di hatiku, sehingga kaang-kaang aku lupa di mana aku berada – di dalam kelas, di stesen bas atau di rumah. Begitu taksub rasanya aku terpaut kepadanya.

Aku melihat sekeliling. Aku berusaha meyakinkan diriku sedang berada di sebuah Bandar yang begitu asing bagiku. Ada risikonya. Malam semakin larut dan aku tidak punya piihan kecuali tidur di masjid. Aku beruntung  kerana ada ramai tamu yang tak diundang di majid malam itu. Ada yang datang dari Kota Bahru dan Kuala Terengganu untuk tumpang tidur.
Tiba-tiba belum pun sempat aku melelapkan mata, aku terasa ada orang sedang menghimpitku dan satu benda keras lagi tajam menyucuk belakangku.
“Jangan bersuara,” Aku terdengar suara seorang lelaki sedang berbisik sesuatu kepadaku.


Aku mendiamkan diri. Cemas.Aku menggigil ketakutan. Sekonyong-konyong aku terasa satu tangan menyelok saku seluarku. Dompet dan buku akaun simpananku diambil dan sebentar sahaja orang itu menghilangkan diri dalam gelap. Aku tergamam dan tak terkata. Peluk sejuk mulai mengalir di bahagian belakang badanku.
Sepanjang malam aku tak dapat tidur, memikirkan apa yang perlu aku lakukan esok dan hari-hari beikutnya. Wangku sebanyak $30 telah lesap bersama dompet dn buku akaun simpananku. Turut hilang kad pengenalan dan secebis kertas yang tertulis alamat rumahku. Sepanjang malam aku bersandar di tiang veranda masjid, hanya memerhatikan orang lain tidur dengan nyenyak di sekelilingnya.

Esoknya, sepanjang hari aku mencari rumah bapa saudaraku itu. Aku bertanya ke sana ke mari, namun gagal menemuinya. Ada yang bilang bapa saudaraku telah pindah ke Kuala lumpur. Ada yang kata dia sudah meninggal dunia, malah ada pula yang kata tak pernah kenal orangnya. Senja datang lagi apabila aku pulang semula ke masjid. Aku bukan sahaja keletihan tetapi sudah mula berasa takut. Senja itu aku hanya berbuka dengan air paip lagi  dan kali ini makan sebuku roti kelapa.
“Hari Raya,” fikirku, “mahu pulang? Bagaimana kata ayahku nanti?”

Aku bermalam sekali lgi di masjid itu. AKu tidak apat meramalkan apa akan terjadi kepada diriku malam itu lagi kerana sekali lagi aku akan tidur bersama-sama orang-orang musafir.
Serta-merta itu juga aku rindukan keluargaku di kampong. Aku teringatkan kawan-kawan sekolahku. Mereka mungkin bersama-sama dengan keluarga sambil menikmati juadah berbuka. Air jernih mula keluar di kelopak mataku.Kata-kata terakhir ayahku semasa membawaku pulang beberapa hari lalu menerpa –nerpa datang dan pergi dalam kepalaku.

Aku tahu dalam bengisnya ayahku tetap menyayangiku. Aku menyedapkan diri  dengan berkata dalam hati  bahawa ayahku tidak akan marah aku menggunakan wang itu. Ayahku cuma mahu aku berterus terang. Apa sahaja masalah boleh dibincangkan. Aku teringatkan kata-kata ayah, “duit boleh cari.” Ketika itu juga aku mahu sahaja menangis  sekuat-kuat hatiku. Namun hanya sedu-sedan mengiringku dalam gelap malam itu.
“Pulanglah,” kata hatiku, “Ingatlah ayah, ibu dan aik-adikmu.”

Namun aku memperkuat tekadku untuk mencari wang menggantikan wang ayahku. Banyak itu. $200. Namun aku tidak tahu caranya atau di mana. Setiap kali aku melamar pekerjaan setiap kali itu pula lamaranku ditolak dengan alasan aku masih bawah umur dan sijilku terlalu rendah. Dalam keadaan begitu aku hanya dapt melayani perasaanku sendiri bersama nyanyian nyamuk yang kadang-kadang membingitkan telingaku sahaja.
Entah bila aku terlena aku tidak pasti kerana apabila aku bangun suara azan sedng mengalun lunak memecah subuh sunyi. Aku bangun dan mengambil wuduk. Aku memhon petunjuk daripadaNya. Setelah sembahyang Subuh aku terasa ingin  menemui Imam masjid dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk aku menyerahkan nasibku kepada Imam yang kemudian membawaku pulang ke rumahnya.

“Kamu puasa?” tanya Imam setibanya kami di rumahnya.
“Ya, Tuan Haji,” jawabku.

“Tak sahur malam tai?”
“Tidak.”

“Boleh tahan ke sampai petang?”
“Insya –Allah, Tuan Haji.”

Imam kemudian mengangkat telefon dan cuba menghubungi Balai Polis Kota yang terletak berhampirn rumahku.
“Tak mengapa. Polis Kota akan menghubungi ayah kamu untuk memberitahu yang kamu selamat di sini. Pergi mandi dahulu dan nanti saya akan hantar kamu ke stesen bas.”

“Tapi saya tak ada duit, Tuan Haji!”
“Tak usah fikirkan. Yang penting cuba fikirkan perasaan ayah yang mungkin siang malam berdoa akan keselamatan kamu. Pulanglah, Insya-Allah kamu akan selamat. Minta ampun pada ayah di bulan Ramadhan ini. Raya pun tak lama lagi. Hari yang baik untuk kamu minta ampun pada ayah dan ibu. Sekolah jangan abaikan. Kata kamu kamu ada hanya tinggal setahun lagi nak selesai. Ingatkan ayah dan ibu. Sebengis-bengis ayah, sayangnya kepada kamu dan anak-anak jangan kita lupakan. Jangan terlalu ikutkan hati,” katanya.

Aku mengucup tangannya sebelum menaiki bas menuju Kuala Lumpur. Tiba-tiba aku betul-betul rindu kepada ayahku, ibuku dan adik-adik semua. Dn lebih pada itu wajah si dia tetap berbayang di depan mataku!
(NB: Tajuk asal  cerpen karangan A.F.Yassin ini ialah "Nekad" tetapi  telah diedit oleh Editor majalah URTV yang menyiarkan cerpen ini kepada tajuk “Selendang Sutera Untuk …. Nama watak digantikan dengan orang pertama, kedua dan ketiga untuk melindungi nama sebenar. Cerpen ini didasarkan kepada cerita benar. Kisah berlaku sekitar awal tahun 1960-an.   Cerpen ini telah disiarkan pada 1-15 Januari 1999.)















Saturday 21 July 2012

KISAH ZIARAH GURU MATEMATIK DI "TEMARU" CINA



Pasangan suami isteri, Mr. dan Mrs Nadarajah, kedua-duanya mantan guru Matematik kami ketika di Tunku Besar Tampin (1961-62). Gambar dengan ehsan Mohd Zain Mohd Yassin.

“…Seperti halnya pada tahun baru Cina (temaru Cina) sebelum ini, saya selalu terkenangkan  kawan-kawan yang sama sebaya  dan sama sekolah seperti R. Sivarajah, Parameswaran, Tan Cha Lai, Tai Khoo Sian, Chong Hee dan Abdullah (Ayob). Kami berkawan rapat. Pada suatu masa kami berbincang untuk berkunjung ke rumah guru kami, MissChia pada hari kedua Taun Baru Cina. Oleh kerana kami tinggal di setiap penjuru mata angin  maka kami buat temu janji di Perhentian Bas Pulau Sebang yang bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan. Kebetulan pula rumah Miss Chia itu dekat dengan perhentian bas.
Pada hari yang ditetapkan kami pun berjumpalah. Sebelum berjalan menuju  ke rumah guru kami membayangkan  sampul surat merah dan isinya. Duit dalam kocek masing-masing tidak banyak. Saya sendiri cuma ada 30 sen untuk tambang bas.

Kami berpakaian baru hari itu. Seolah-olah kami menyambut  Hari Raya dan Hari Deepavali. Di depan rumah Miss Chia ramai orng edang berkerumun. Mereka sedang menyaksikan  tarian singa. Tidak berapa lama kemudian muncul guru kami  di muka pintu. Dia masih memakain apron masak dan dia melambai kami masuk.
“Lagi menggoreng kueh tiau,” katanya dalam bahasa Inggeris. Abdullah dan saya berpandangan.

“Jangan takut. Kuali baru beli. Makanan halal,” katanya lagi. Dia seolah-olah tahu mengapa kami berpandangan.
Kami dating mahukan angpau, bukan nak makan sangat. Paling-paling kami akan minum air oren limau dan makan kacang dan maruku. Miss Chia siapkan kuih maruku setiap tahun. “Itu kuih semua orang suka,” katanya.

Selama dua jam kami di rumahnya. Sembang-sembang. Sementara Miss Chia sibuk pula melayan tamu yang dating. Biasanya setiap kali kami berkumpul, Sivarajalah yang jadi tukang kepo. Dia bercakap Inggeris macam air, tetapi telornya India. Dia cakap Inggeris seperti dia cakap Tamil. Tutur bahasa Inggerisnya berpintal-pintal seperti kuih maruku di hadapan kami.
Dia selalu cerita tentang musim durian dan makan lemang serta rending pada Hari Raya Aidilfitri. Tidak habis-habis dia bercerita tentang  peristiwa  salah seorang daripada kami di hempap durian semasa mencari durian di Dusun Nangka di Ulu Pari, Gadong. Kalau tak silap kawan yang dihempap pokok durian itu Chong Ngit Sin namanya, sedarjah dengan kami. Peha Ngit Sin yang terkena hempap durian itu berbintik-bintik merah dengan darah mengalir keluar. Teruk juga kami memapahnya keluar kerana dusun itu terletak di curam bukit.

Apabila tiba masa berangkat pulang Sivarajah masih juga belum berhenti bercerita. Setelah Miss Chia menghulurkan sampul merah, kami pun minta diri. Kami terus masukkan sampul merah ke dalam kocek kerana segan hendak membukannya di depan guru. Hilang sahaja rumah Miss Chia daripada pandangan, kami pun berebut-rebut membuka sampul surat masing-masing. Setiap orang hendak tahu isi sampul. Setelah itu kami berpandngan lagi beberapa ketika.
Kami tersenyum lalu ketawa terbahak-bahak sepanjang jalan. Setiap orang menerima dua ringgit. Bukan kepalng sukanya sebab kami jarang menerima wang begitu besar. Paling banyak kami terima duit sekolah daripada orang tua 20 sen sehari. Sivarajah menjerit kesukaan.

Demikinlah, setiap Tahun Baru Cina kami tidak lupa ke rumah guru Matematik kami itu, walupun dia tidak mengajar kami lagi.  Sehinggalah kami tamat sekolah. Kerukunan kami berkawan sudah sampai ke peringkat adik-beradik. Hormat kami kepada guru Matematik kami, walaupun dia masih muda, tetap kami rasakan hingga ke hari ini. Miss Chia sudah berkeluarga dan suaminya seorang guru Matematik juga, tetapi daripada keturunan India.Namanya Mr. P. Nadarajah.
Kawan kami, Sivarajah bekerja dengan Kerajaan. Parameswaran  menjadi seorang doctor sudah mendiang. Kali terakhir kami dengar dia bertugas di Hospital Besar Melaka. Tan Cha Lai (Berjaya dalam bidang insurans) telah menjadi mualaf, menukar namanya  kepada Mohd. Sany  Abdullah kerana dia berkahwin dengan wanita Melayu. Tai Khoo Sian dan Cheng Hee meneruskan tradisi perniagaan keluarga masing-masing sementara Abdullah bertugas dI firma broker saham.

Sesekali kami berhubung dan bertanya khabar. Kadang-kadang kami saling mengingatkan tentang masa silam. Dalam hal ini ada satu gejala yang tidak akan dapat kami lupakan. Gejala itu tidak mungkin dialami oleh anak-anak muda sekarang. Dahulu, menjelang Tahu Baru Cina  orang Melayulah yang paling bimbang. Sebabnya, pada waktu itu hampir semua peniaga di pasar dan kedai runcit terdiri daripaa orang Cina. Biasanya peniaga-peniaga ini tutup kedai sampai seminggu. Pasar pun tutup. Maka orang Melayu siang-siang lagi sudah simpan bekalan barang makanan cukup untuk seminggu. Sesiapa tidak menyimpan alamat berlaparlah seminggu.
Hari ini, soal simpan barang atau berlapar semasa Tahun Baru Cina sudah tak timbul lagi sejak dasar menyusun semula masyarakat di perkenalkan selapas Peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Telah ramai orang Melayu berniaga. Hari ini di pasar malam, di daerah-daerah yang banyak terdapat penduduk Melayu peniaganya terdiri daripaa kalangan orang Melayu sendiri. Tidak pernah lagi kita dengar orang Melayu bersungut atau berasa bimbang tentang bekalan tak cukup menjelang Tahun Baru Cina. Tidak ada lagi orang menyimpan beras, garam atau gula. Pada bila-bila masa dalam perayaan Tahun Baru Cina barang-barang itu boleh didapatkan….Gong Zi Fa Cai”!

(Petikan sebahagian daripada artikel “Hidup rukun Menyambut Tahun Baru Cina” oleh A.F.Yassin yang tersiar dalam Kolum “Sembang-Sembang” yang tersiar dalam akhbar mingguan Utusan Zaman, 6 Februari 1994).

Friday 20 July 2012

INILAH KISAHKU: MASUK SEKOLAH ORANG PUTIH TAMPIN TAHUN 1954


Abu Aman Bachik bertanya khabar dengan Alumni wanita TBSST dalam Reuni 1 di Kedai Kopi Shah Alam, Selangor, 1 Mei 2012 lalu.

Pada Januari tahun 1954, setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sekolahku, Sekolah Melayu Nuri, Air mawang, Johol, maka berpindahlah aku ke Government English School, Tampin, yang jauhnya 10 km dari rumahku. Aku memasuki Special Malay Class One di GEST, barmulalah aku menerima pendidikan Inggeris mulai pada tarikh itu bersama beberapa orang kawan sekelas dari Sekolah Nuri. Aku terpilih ke SMC itu pun adalah atas jasa guru yang amat ku kasihi, Cikgu Ismail Haji Saad, yang telah melihat potensialku untuk berjaya.

Pengalaman pahit ku sebagai seorang murid dari kampung yang ulu ialah di usir dari kelas oleh beberapa rakan sekelas yan duduk bersebelahan ku. Mereka ini dari Sekola Melayu Repah. Mereka tinggal berjiran di bandar Tampin. Mereka memang biasa bersama dan bapa mereka pun adalah penjawat kerajaan di Tampin. Jadi mereka menganggap diri mereka lebeh serba serbi dari aku yang langut yang datang dari kampung. Demikianlah penampilan sulungku pada pandangan mereka yang dari bandar ni begitu lekeh sehingga sanggup mereka menghalau aku balik ke sekolah lama.
pengalaman pahit yang pertama ini membarakan azam aku untuk cemerlang menamatkan tanggapan kenalan sekelasku yang cukup bongkak itu. Nyata setelah keputusan peperiksaan kali  pertama diketahui mereka tiada lagi memandang hina terhadapku.

Keputuasan peperiksaan kali pertama itu, alhamdulillah dapat ku kekalkan sehingga akhir zaman persekolahanku di TBS. Dalam zaman persekolahan ku di TBS aku alhamdulillah telah mengalami beberapa peristiwa pahit mannis yang lain. Pernah semasa aku di Tingkatan Dua, aku di tampar oleh seorang  guru sehingga terpelanting cerminmataku. Mujurlah ia tidak pecah. Ini adalah kerana salahku sendiri kerana tidak fokus kepada apa yang diajar oleh guru itu, padan muka aku.
Satu lagi episod dalam zaman persekolahanku yang tak mungkin akan kulupakan ialah satu jangkamasa di mana aku sungguh syokkan seorang awek dalam kelas junior darku sehingga pelajaranku merosot kerana tiada tumpuan belajar, asyik tergilagilakan awek ini. Apa yang menyedarkanku ialah keputusan peperiksaanku yang merosot. Ia membuatku berfikir jika aku terus menggilai awek ini, aku akan menjadi sampah masyarakat. Sedangkan anehnya awek itu tak tahupun yang aku menggilainya. Allah masih terlalu sayang kepadaku kerana aku di sedarkan dari episodku yang sia sia ini. Syukur. Dan pengalaman ku ini amat berguna bagi ku   Sepanjang aku menjadi guru dan dalam membesarkan anak anak ku. Aku melarang anak anak muridku dan anakku sendiri terjebak seperti yang berlaku kepada ku sekiranya mahu sentiasa berjaya dan fokus dalam pelajaran. Ramai murid ku yang meneladani pengalamanku. Dan aku bersyukur kerana anak anakku empat orang semuanya semuanya memilih pasangan mereke ketika di universiti.


Bangunan Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, dulunya dikenali Government Primary English School Tampin. Di tempat ini dulunya terletak kantin sekolah yang dinamai "School Tuck Shop".

Satu lagi episod yang amat ku syukuri ialah peristiwa aku di lantik menjadi School Captain. Anehnya aku bukanlan pelajar yang terbaik untuk layak dilantik menjadi ketua sekolah tu > Tapi hanya sekadar tiada pelajar lain yang lebeh layak lagi. Aku tak ubahlah seperti, pabila tiada rotan bergunalah akar. Ini kerana pelajar yang best best, seperti Md Akbar Baba, Ridzuan Md Piah (Allahyarham) dan A Subramaniam semuanya telah berjaya ke Royal Military College di Sungai Besi. Aku mencuba juga untuk ke RMC tapi kantoi. Itulah ranking aku. Aku kata pabila tiada rotan bergunalah akar, kerana aku ni kaki bangku, satu permaian sukan pun aku tak shine. Namun dilantik juga SC. tapi alhamdulillahlah aku maintain kecemerlangan akademik ku. Betapa tidak, aku satu satunya Melayu di TBS 1961, yang memperolehi dua satu: Division One for School Certificate dan Division One for Federation of Malaya Certificate. Tompi kecemerlangan takat tu jolah! Mendapat pendidikan tertiari dah tua. Melalui Rancangan Pengajian Luar Kampus, USM yang di promotekan oleh Tan Sri Hamzah Sendut, god bless his soul. Sedangka kawan kawan yan lain: Akbar terus dapat ijazah, Datuk Aris Abas terus dapat PHD, Dr zainal Said terus PHD, Abdullah Mulup terus buat ijazah, dan ramai lagi yang tak shine spm terus dapat ijazah.
Dalam episod hidup aku mengalami banyak kegagalan. Aku gagal untuk masuk RMC, aku gagal masuk Maktab Teknik, aku gagal masuk Maktab Pertanian dan aku gagal dalam cinta pertamaku sehingga aku merana dan sengsara. Mujurlah Allah memberiku kejayaan untuk jadi guru sehinggalah aku menikmati tahun tahun persaraan sehingga sekarang. Alhamdulillah!.

Satu perkara yang menarik juga untuk dinukilkan ialah,aku amat amat berbangga dan bersyukur kerana dikesan oleh arwah Cikgu Ismail Hj Saad sebagai seorang yang ada potensi untuk maju dan disekolahkan di TBS. Aku bukan sahaja memulakan pendidikan Inggeris ku disitu sehingga aku berjaya ke maktab di Brinsford Lodge, Wolverhampton, England, malah aku telah memulakan karier guruku sebagai guru sementara di TBS, disitulah mula bermesra dengan Tuan Zahriman Alias, Salleh Semin, arwah Tahirul Arifin dan arwah Shuha Hj Shukur, untuk mengingat beberapa orang, sebagai muridku. Di TBS jugalah aku telah mengajar, dan di TBS juga lah aku telah memegang batang kapur terakhirku kerana terpaksa bersara setelah tiga puluh tiga tahun tiga bulah aku menjadi guru. Pengkisahan ......
Abu Aman Bachik 20 Julai 202.

Thursday 19 July 2012

SEORANG IBU TUA BERSAMA ANAK PENDIAMNYA...


Zahriman Alias (kanan) bersama kenkawan di Reuni 1, Kedai Kopi Shah Alam 1 Mei 2012.

Dalam tahun 1965 kalau tak salah, semasa pertengahan penggal dah, seorang ibu telah datang ke asrama TBS dan menyerahkan anaknya, nama lupa, untuk tinggal bersama-sama kami di asrama. Dia murid Form II rasa nya. Bagi kami penghuni2 asrama memang tidak ada masalah menerimanya, tetapi yang bermasalah adalah budak itu sendiri. Dia tidak tahu dan tidak mahu bercampur dengan pelajar lain. Dia hanya bersendirian, tidak bermain, tidak berkawan malah tidak bercakap dengan pelajar2 lain. Namun degil pulak tu, tak dengar cakap orang, tak boleh disuruh dan tak boleh ditegah.
Budak macam ni mana sesuai duduk asrama. Bila kita cakap lebih sikit kepada dia atau tegur je sikit, dia terus akan menghempaskan dirinya kelantai atau ketanah dengan sekuat hati, tak kira di mana jua dia berada ketika itu. Dia akan berguling2, menjerit2 dan memukul badannya bertalu2, terutama di bahagian dada dengan sekuat2 hatinya, seolah2 dia hendak mencederakan diri atau hendak membunuh diri. Kejadian begini berlaku bukan sekali dua, malah hampir setiap hari. Ini menyebabkan bukan dia sahaja yang trauma bahkan seluruh asrama pun menjadi trauma.
Pastinya budak ni ada masalah kesihatan fisikal dan jugak mental. Kalau dilihat fisikalnya, dia kurus kering. Kalau dilihat keadaan pergaulannya dia memang ada masalah mental. Yang menghairankan mengapakah pihak keluarganya tergamak menghantar budak yang sebegini keadaannya untuk tinggal di asrama. Bukankah lebih baik dia berada dalam pengawasan dan bimbingan keluarganya sendiri. Atau mungkinkah keluarganya sengaja menghantar kanak2 itu ke asrama kerana mereka sendiri tak berupaya mengawasinya. Apa pun, saya tidak pasti bagaimana keadaan seterusnya budak ini, kerana selepas beberapa bulan, pihak asrama terpaksa memanggil keluarganya untuk membawa dia balik ke rumah.

 The moral of the story: Kalau beban tu beban kita, ia beban kitalah. Tak usahlah beban kita diserah kepada  orang lain.......
Bangunan Asrama TBS Tampin. Seorang ibu menghantar anaknya masuk asrama ini tahun 1965. Anaknya pendiam dan tak banyak cakap.

Zahriman Alias 20 Julai 2012


Wednesday 18 July 2012

ZAHRIMAN : APABILA CIKGU ABU AMAN MENGAJAR SAYA...

Masa saya Form 1 pada tahun 1962, Cikgu Abu Aman Bachik jadi guru sementara, mengajar saya Bahasa Melayu. Suatu hari Cikgu Abu Aman menyuruh kami menulis apa2 cerita pun untuk dimuatkan kedalam School Magazine. Saya menulis cerita hantu bertajuk "Ali Sesat", dan cerita nukilan saya telah berjaya terpilih untuk dimuatkan kedalam School Magazine. Cikgu Abu Aman ingat tak cerito tu.....pendek yo cerito eh. Cerito eh lebih kurang macam ni:
Pada suatu hari Ali poei masuk utan mencari kayu. Tak semono2 Ali telah sosek dalam utan tu. Sampai malam, ari dah golap Ali masih tak dapek cari jalan keluar. Lamo2 Ali nampak cahayo pelito dari jauh. Dio pun berjalan menuju ke cahayo tu, ruponya ia datang dari sebuah pondok. Ali telah mengetuk pintu pondok, lalu keluar seorang wanita cantik dan mempersilakan Ali duduk di verendah. Wanita itu kemudian masuk kedalam sementara Ali hanya duduk diluar. Lamo menunggu, Ali pun intai di celah lubang tengok apo yang berlaku di dalam. Dio nampak......wanita cantik tadi dah bertukar jadi antu, muko hodoh, rambut mengurai, kuku panjang.......dan Ali terdongar antu tu bercakap2 dongan anak2 eh......"Haaa....habuan kito ado kek luar tu, dapeklah kito makan sodap ari ni"......Bilo mendongar tu Ali pun takut, torus cabut, lari lintang pukang, tak tau sampai kemano, hinggolah dio pengsan. Bilo tersodar dari pengsan, Ali dapati diri dio berado diatas tanah kubor dalam kampong eh.....

 Lobih kurang camtu lah cerito eh......kok sapo2 masih ado nyimpan magazine tu, tolong keluarkan.......
Zahriman Alias, 19 Julai 2012

CINTA SYOK SENDIRI DIALOG ABU AMAN BERSAMA ZAHRIMAN

Yang syok sendiri tu dah cito dah ari tu. Alkesah cito bermulo semasa se di tingkatan dua. Ngok tu tingkatan duo dah pandai giloan anak orang. Huui yo terorlah rang tuo ni! Awek tu Iman tu la saudara Rashid Aris tu. namo tak yah sobut lah. Awek ni kek mato den mang lawa, putih, gobu rendah. Isssh meng lawalah, agak se mang kan se sorang yo yang terimpi impikan dio doh. Sti ado orang lain yang gilokan dio gak. Tiap hari balik sekolah se mang selalu ngekor an kek belakang dio. Dio dok kuarters kek pokan tampin. Anak orang gomen lah katokan. Tompi dio tak tahu pun se selalu ngekor an dio. Kito jam tu tak tau buek cam p ramlee ngeseh an saloma dalam filem bujang lapuk do. Sonyap yo ntak berani nak approach takut kok jobo muko. Kok disumpit eh mo ludah. Tu sobab eh se sok sendiri yo. Kito nak oghang kg. dio anak pegawai gomen. Tak beranilah nak usik usik. Kongkawan pun takdo yang tau eh. Mang tak do cerito kek sesapo pun. Kok ada kongkawan yang tahu eh mesti ado yang dajal eh mengusik ngusik an kito. Ni tak do yang tau eh. Jadi tingga lah se sok sendiri. Sampailah sendiri tesodar. Tulah cito eh. Kan den kato an tak sodap. Kau tak cayo.
Abu Aman Bachik 19 Julai 2012

Zahriman Alias: Mungkin tak sodap dek orang lain.....tapi dek kito, maso tu, sodap nak mampuih. Sei yakin, walau cikgu dah tuo, dah beranak bercucu.....tapi konangan kek dio masih ado. Maso sorang2, maso mato belom lolap, kadang2 wajah eh akan datang menjolmo.....iyo tak? Yo lah tu....sobab kito pun samo, sumo orang samo.......
Abu Aman Bachik : Mano nak lupo episod episod yang macam ini Iman. Ia akan di bawa sampai nafas terakhir. Kengkadang mesra bona lak ingatan eh tu kan. Maklumlah pengalaman ngilokan anak orang kali pertama. Maha suci Allah yang membekalkan kita perasaan yang halus nikan. SubhanaAllah!

KISAH ANTERO THE CHIEF COOK ASRAMA TBS

Kisah Antero the Chief Cook
Saya menghuni asrama TBS sejak ia mula dibuka pada tahun 1964 sehinggalah saya menamatkan alam persekolahan pada hujung tahun 1966. Selain kenangan sesama murid, kami juga banyak kenangan bersama beberapa orang petugas di asrama ketika itu.......
 Salah seorang yang susah kami lupakan ialah Antero. Dia chief cook, sudah agak berumur ketika itu, dalam lima puluhan. Kecik, pendek je orangnya, ada anak sorang yang duduk asrama bersama kami bernama Ali. Antero bukan nama sebenar dan saya pun tak tahu nama betulnya. Kerjanya memasak dan menyediakan hidangan untuk kami. Rasanya...... alamak teruk..!! Kalau potong sayur, dengan batang2nya sekali dipotong, dimasak bagi kita makan. Pembantu tukang masak pula bernama Salim, muka macam arab sikit. Saya tengok sendiri kalau Salim potong sayur....Diambilnya secekak besar sayur tu, lalu dicincangnya saja dengan pisau besarnya. Itu pun kami amat bersyukur....maklumlah, kita anak2 datang dari cerok2 kampung, manalah dapat peluang makan ayam, daging, ikan setiap hari. Dikampung kami hanya makan sayur kampung, pucuk2 dan ikan sungai yg dikail atau ditimba. Kalau tak ada orang kenduri kawin atau tak ada musim raya, tak merasalah kami makan daging. Ayam pulak, emak abah akan sembelih hanya ada tetamu khas datang kerumah. Jadi asramalah baru kami betul dapat makan lauk ayam
Ayam dihidangkan seminggu sekali. Bila time lauk ayam, semangat kami jadi berkobar2 nak makan....maklum benda yang jarang dapat bagi kami. Apabila masuk je dewan makan dan mengambil tempat masing2 dimeja, sementara menunggukan bacaan doa, tiap orang akan pegang garpu masing2, cucuk pada ayam dalam mangkuk sebagai tanda "sudah book". Jadi, bila dipandang semua meja dalam dewan tu, nampaklah garpu masing2 yang terpacak di dalam mangkuk. Nah...hodoh betul permandangan itu.
 Wak Antero agak strict....tak dibaginya kami masuk ke dapurnya. Hanya ada beberapa orang yang dia bagi masuk, termasuklah sepupu saya Allahyarham Md Nor Ibrahim. Mereka yang diberi masuk tu adalah budak2 yang suka menolongnya di dapur.....dan budak2 ni akan kenyang.....ambiklah, makanlah apa saja yang mereka nak.....
Selepas tamat sekolah, saya meneruskan pengajian di Maktab Mara, ketika itu di Jalan Othman, Petaling Jaya. Disana pengalaman di dewan makannya lagi jauh berbeza......makan nasik sekali sehari je........!!!!
Zahriman Alias, 19 Julai 2012

ZAHRIMAN ALIAS MENULIS.... KISAH ASRAMA TBS TAMPIN LAGI


Sekumpulan Alumni TBS Tampin yang menghadiri REUNI TBSST 2 menjelang ketibaan Ramadhan al-Mubarak di Kedai Kopi Shah Alam, 15 Mei 2012 lalu. Zahriman Alias (No. 5  dari kiri barisan hadapan) telah dilantik sebulat suara sebagai Pengerusi (Presiden) TBSST Protem Committee.
Asrama TBSST Kisah 2
 Ni nak cerito kisah cikgu pulak.....maso Form III-FormIV dulu, cikgu english Literature sei sorang jantan bangso asing. Dio ni lain sikit....kok maso ngajar, dio tak rapat amek ngan budak laki2....tapi kok ngan budak2 pompuan punyolah dio rapat, sampai begesel2....tangan eh pulak menjalar yo kek bahu, kek pinggang budak2 pompuan....tapi yg cantik2 yo lah. Yg burok rupo eh tak pulak dio rapat doh. Haaaa.....satu lagi dio ni, budak2 selalu cakap dio anti- Malay, tapi sei pun tak paham amek maso tu anti Malay macam mano dio tu. Tapi dalam kelas dio ni suko bona burok2an UMNO, burok2an Tunku Abdul Rahman, PM kito maso tu....tapi sei tak berapo ingat butir2 yg dio marah kek Kerajaan ni, sobab maklumlah kito ni kan paham bona hal2 politik ni doh.....Haaa....ado satu lagi tontang cikgu ni, tontang poem yg diajar eh suruh kito hafal......Poem, cikgu suruh hafal, kito hafal lah.....sampai nijam, dah dokek 50 tahun berlalu, sei masih boleh hafal lagi poem tu. Tajuk eh Dungeon Spoil...........bla,bla,bla..
 My hair is grey though not with years,
 Nor grew it white in a single night as men has grown from sudden fears,
 My limbs are bowed though not with toil,
 but rusted with a vile repose.
 We were seven who now are one,
Six in youth and one in age,
Finished as they had begun.....bla,bla,bla.........​...
 Maso tu kito budak2 montah, apo bona yg kito paham.....rupo2 eh, bilo dah bosa, bilo dah kojo, kojo pulak dalam Special Branch.....barulah sei faham....rupo2 poem tu kisah kezaliman orang Islam terhadap orang kristian joman peperangan Crusade dulu.....huuhhh, baru sei perasan.....rupo eh ini kojo cikgu tu, dio ni bukan sajo gatal dengan budak2 pompuan, anti Melalyu, anti-Kerajaan....dio jugak ngaja hal2 anti-Islam kek kito budak2 Melayu........mano dio nijam tak tau lah. Ado donga dio ghonti cikgu poei amik law,.... guno duit Kerajaan jugaklah tu......
Zahriman Alias, 7 Mei 2012




ZAHRIMAN ALIAS MENULIS....KISAH LAMO DI HOSTEL TBS TAMPIN 1



Zahriman Alias (kiri) dengan orang-orang lama TBS Tampin. Foto ini diabadikan pada 15 Julai 2012 


Asrama TBS Tampin dibuka pada tahun 1964.

1964 hostel TBS dibukak. Sei antaro penghuni pertamo. Perkaro manjek pagar poei menghayap pokan Tampin malam2 perkaro biaso. Satu ari dlm tahun 65, l/k 10 orang studen telah ditangkap guru asrama kerana manjek pagar, hukuman eh pablik canning. Sumo kono berhimpun dlm dewan. sorang lopeh sorang kono dtg kedopan, londeh an seluar sampai kelutut....zapp-zapp!! kono 2 kali sorang kek buntot. Mengolintin nampak eh masing2 yg kono. Tibo giliran budak yg last, tinggi orang eh, golap sikit kulit eh, panjang remos eh.....bilo dio londeh seluar, sumo orang ketawo....takut jugak kek cikgu sobab dio tongah bongeh,k tapi ketawo tak leh tahan2....sobab seluar dalam budak tu besopai, bekocai, macam roti tirai....hehehe. Cikgu pun tak tahan goli hati nengok eh......bilo dio kono rotan, bertorbangan dobu kuar dari bontot eh yg samo kopam dongan suar dalam eh......hehehe, goli bebona hati den nengok eh.

 


Klik Link ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...