Thursday, 2 August 2012

BELAJAR SEJARAH DENGAN MR. CHACKO 1961

Tunku Besar Secondary School Academic Staff, 1962. Mr. M.C. Chacko is fifth from right Front Row.HM Mr. S.K.P. Sivam , seventh front row. Cikgu Dol, fifth from right front row

Guru Sejarah Mr. M.C. Chacko tidak dapat saya lupakan. Dia seorang guru yang mudah diajak berbual dan didampingi. Dia tidak seperti guru-guru yang lain yang serius, jaga standard dan tidak kasi muka dengan pelajar. Oleh kerana Mr. Chacko mudah didampingi, dia kadang-kadang kena main juga oleh segelintir pelajarnya, terutama pelajar Form IV dan Form V.
Pada suatu ketika beberapa orang pelajar menyembunyikan nota mengajarnya. Menurut pelajar senior, Mr. Chacko tak dapat mengajar kalau notanya tak ada dalam tangan. Memang benar. Pada hari itu, dia tidak mengajar tetapi meminta semua pelajar dalam kelas membuat esei sejarah yang didasarkan kepada sukatan pelajaran. Minggu sebelumnya dia seperti “mendenda” kami kerana menyembunyikan nota mengajarnya.

Begitulah, saya melihat Guru Sejarah saya semasa saya di Form IV Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin pada awal tahun 1960’an dulu. Dia sentiasa ceria dan jarang marah. Jika dia marh dia akan terus diam dan ada kalanya meninggalkan kelas. Kami belajar sejarah dunia sejak zaman Air Batu hingga zaman Moden. Dia akan membaca catatannya  dan meminta kami menulisnya. Demikianlah kami berguru sejarah dengannya. Yang menarik tentangnya ialah keceriaannya itulah.

Dalam satu kelas sejarah dia mengajar sedikit menyempang daripada topik. Dia cuba menyelitkan cerita perayaan agama yang diamalkan  oleh manusia sejagad. Ada sesuatu yang memancar daripada matanya setiap kali dia menyebut hari Krismas. Wajah gembira mengiringi ajarannya. Tidak tahu pula mengapa dia terlalu gembira menyebut nama Krismas. Barangkali dia penganut agama  Kristian, tetapi tidak ada pula tanda-tanda dia seorang penganut agama itu. Dia tidak punya nama panggilan yang menunjukkan dia seorang Kristian. Huruf M. dipangkal bukan Michael atau Manuel.
“Apa pun,”katanya yang masih saya ingat, “Baik Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavalee atau Hari Raya, kita patut sama-sama  merayakannya.

Menurutnya, Krismas adalah hari mengingati tentang kewujudan agama Krsitian dan hari lahirnya pembawa agama itu, Jesus Christ. “tetapi kadang-kadang  akibat sudah terlalu lama kita hampir lupa asal-usul dan sebab-musebab perayaan itu dan bagaimana perayaan itu perlu diamalkan,” katanya.

Pada mulanya, kami berasa bosan juga mendngar celotehnya yang sedikit menyeleweng  daripada ajaran Sejarah, Namun, apabila dia mula bercerita  bagaimana tarikh 25 Disember dipilih untuk  merayakan Krismas kami mula pasang telinga.

TBST School Librarians 1961. Mr. M. C. Chacko was the Library Teacher and Ahmad Fadzil Yassin (third from left seated) was the Chief Librarian.

“Orang kata Krismas merayakan kelahiran Nabi Isa, betulkah?” tanyanya. Tidak ada jawapan dari kelas. Semua pelajar diam membisu tanpa menjawab. Mr. Chacko menuturkan bahawa Hari Krismas pertama kali dirayakan pada suku pertama Abad Keempat di Rom. Ini bererti  perayaan Krismas hanya bermula setelah 300 tahun Nabi Isa wafat. Hari peringatan ini  bertepatan  pula dengan  Hari festival Pagan (fahaman jahiliah) yang dipilih sendiri oleh Maharaja  Marcus Aurelius pada tahun 274. Maharaja Rom ini memilih hari itu  sebagai hari kelahiran Tuhan Matahari yang tidak dapat  dikalahkan. 

Pada suatu waktu sebelum tahun 336, gereja Rom memperingati  hari kelahiran Nabi Isa juga pada hari yang sama. Dengan demikian hari kelahiran nabi Isa mula diperingati dan dirayakan  seawal tahun 336 dan tarikh keramat bagi  orang Kristian itu ditetapkan sebagai awal tahun gereja.

Bagi Empayar Rom Bahagian Timur dengan ibukotanya Constantinople hari Krismas mula diperkenalkan  pada tahun 380. Pada tahun itu Padri Gregory memberikan pidatonya yang ke-36 dalam festival Cahaya untuk memperingati  kebaptisan Nabi Isa. Dalam pidatonya itu beliau mengingatkan  para hadirin bahawa pada hari Krismas  mereka seharusnya  mengikuti bintang  yang muncul pada malam keputraan Nabi Isa. Namun apa yang menarik  dalam merayakan krismas  ini ialah adat tradisi yang dikaitkan dengannya.

Dikatakan, adat dan kebiasaan berpunca daripada banyak tempat itu adalah akibat daripada pertembungan hari perayaan antara kelahiran Nabi Isa dengan peringatan pertanian pagan dan pemerhatian matahari di tengah-tengah musim salji, api dan cahaya.  Simbol kehangatan dan usia panjang  telah lama dikaitkan  oleh kedua-dua penganut Kristian dan Pagan. Evergreen, simbol kelangsungan hidup punya hubungan yang lama dengan perasaan Krismas apabila seluruh Negara Jerman dikristiankan pad Abad Ke-8. Dalam perayaan itu penganut Kristian memperingati Hari Keputraan  Nabi Isa dengan pokok Rhu (fir tree) sebagai ganti pokok Oak.

Rumah Mr. M.C. Chacko ketika mengajar di TBST.

Mr. Chacko tidak ketinggal bercerita bercerita bagaimana  hari Krismas  pada mulanya dilarang  di Amerika Syarikat kerana bangkangan daripada pihak  Kristian  puak Puritan. Puak ini menganggap  perayaan ini perbuatan bidaah lagi menyesatkan kerana ia berpunca dari tradisi jahiliah. Namun sejak pertengahan Abad Ke-19, perayaan Krismas semakin menjadi popular dan ditingkatkan ke tahap komersial. Perayaan Hari krimas telah dijadikan tradisi kekeluargaan. Hdiah bertukar tangan pada hari itu.

Mr. Chacko betul-betul bersemangat  bercerita tentang  perayaan hari Natal ini. Dia bercerita tanpa catatan sebagai rujukannya. Amat berbeza keadaannya berbanding jika dia mengajar Sejarah ikut sukatan.  Demikian pulalah keadaannya apabila  dia bercerita tentang Deepavali, Hari tahun Baru dan hari Raya Puasa. Dia bercerita bagaikan air lalu dan setiap kali bercerita seri wajahnya membayangkan  keceriaan yang tulus, lahir dari hati dan jiwanya.

Ketika itu saya tidak mengerti mengapa Mr. Chacko begitu ceria mengajar padahal tanpa nota catatan di tangan. Hari ini setelah mendalami budaya dan tradisi kita seluruh warga yang menganuti pelbagai aliran dan fahaman barulah saya sedar bahawa kerukunan hidup adalah asas kepada keharmonian. Kita tinggal dalam satu kawah budaya yang majmuk .

(Sebahagian daripada petikan artikel “ Selamat Hari Krismas” dari kolum “Sembang-Sembang” A.F.Yassin yang tersiar dalam akhbar mingguan Utusan Zaman, 25 Disember 1994).

6 comments:

  1. Gambar Academic Staf TBS 1962 itu ado sorang cikgu namo eh Cikgu Abu Aman Bachik. AAB ini masih guru somontaro waktu tu, sobolum poi ko London agak eh. Hensem mek-amek waktu itu dan bokaco mato. Tompi dio tak ngaja ese di Form V.Yang ngaja ese Bahasa Melayu, Cikgu Hamzah.

    ReplyDelete
  2. Apabila merenung gambar Kelas Std VI TBST dalam artikel ini, seperti baru semalam saya mendengar suara Mrs. Chapman menyanyikan lagu Inggeris sambil membunyikan pianonya dalam kelas muzik. Itulah bilik tempat kami belajar muzik yang menjadi latar gambar ini diambil. Padahal sudah 55 tahun hari ini. Sungguh nostalgik gambar ini.

    ReplyDelete
  3. I wish this was in english...

    ReplyDelete
  4. I wish this was in english..

    ReplyDelete
  5. A pity though. At that point of time my English was not that proficient.

    ReplyDelete
  6. I started school at Tunku Besar primary Tampinin 1960 my teacher was Che Salmiah the headmaster was Mr Chapman

    ReplyDelete

Klik Link ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...