Dulu Panggung Wayang Pearl , kini restoran makan Cina
Terletak di bahagian Pulau Sebang, bangunan ini dahulu merupakan Panggung Wayang Gambar (Pawagam) Pearl Teater yang menyiarkan filem-filem Melayu keluaran Malay Film Productions. Di pawagam inilah hampir semua filem keluaran Shaw Brothers itu ditayangan kepada penduduk Tampin, Pulau Sebang dan sekitarnya. Filem-filem yang ditayangkan semuanya yang "boxoffice".seperti filem-filem yang dibintangi P. Ramlee, Ahmad Mahmood, Salleh Kamil dan lain-lain. Masihkah kita ingat filem-filem seperti "Sedarah", "Iman", "Sarjan Hassan" dan "Penarik Beca"?
Masih ingatkah cara pihak pengurusan pawagam ini mengiklankan filem-filem yang sedang dan akan ditayangkan. Dua bahasa digunakan terutamanya, dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dalam bahasa Inggeris kita baca perkataan "Today", "Tomorrow", "Coming" dan "Cheap Matinee". Dalam bahasa Melayu kita baca "Tayangan Hari Ini" atau "Hari Ini", "Esok", "Akan Datang" dan "Matinee". Masih ingatkan kita bagaimana tiket wayang dijual? Masih ingatkan kita begaimana pembeli-pembeli tiket berebut-buat menghulurkan tangan ke lubang tempat menjual tikek untuk mendapat tiket dengan di tangan tergenggam duit untuk dihulurkan kepada penjual tiket.
Tiket pula mula dijual setengah jam sebelum wayang bermula. Tiket yang paling mahal (kelas satu) berharga $2.40 sen , kalau tak silap dan tiket yang paling murah berharga 40 sen (duduk di depan dan tak ada kelas).Kalau tak silap penonton kena duduk bersela. Atau duduk dengan mendungak 90 darjah ke atas.
Panggung Pearl ini terletak kira-kira 100 ela dari Stesen Bas Pulau Sebang. Dua jam sebelum tayangan bemula, orang ramai telah berkerumun di kawasan panggung. Yang seronoknya sebelum ke panggung kita tak lupa minum cendol di bawah pokok betul-betul berdekatan dengan tempat menunggu bas Thy Lai, jurusan Tampin-Melaka. Berhampiran sempadan Tampin-Negeri Sembilan ada pula bas Eng Giap, jurusan Tampin-Kuala Pilah dan bas Southern jurusan Tampin-Seremban.
Oleh kerana Panggung Pearl ini tidak berhawa dingin, maka kipas menjadi unsur terpenting. Kadang-kadang berada dalam panggung terasa kita seperti kena layur dan berpeluh.Melalui filem-filem yang ditayangkan di panggung inilah kita kenal dan dekat dengan nama-nama P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Haji Mahadi, Yusof Latiff, Ahmad Nesfu, Kadarisman, Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Wanitanya kita kenal dekat dengan Saadiah, Zaiton, Saloma, Siput Sarawak, Dayang Sofia dan lain-lain.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Sesekali ketika melintas di depan panggug itu kisah lama menjelma kembali. Namun apakandaya, panggung yang menjadi kebanggaan penduduk dan pelajar Tampin dan Pulau Sebang dan sekitarnya telah "selamat tersimpan dalam lipatan sejarah generasi yang kini telah masuk kelab pencen atau "Senior Citizen's Club".
Catatan Alumni TBSST 1962.
28 Julai 2012.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKonangan mongusik jiwo. Bilo tibo haghi ghayo, bopusu-pusulah kito ke panggung wayang ini nak tengok filem, terutama kalau coghito eh molibatkan soniman P. Ramlee atau Seniwtai Saadiah atau Normadiah. Ese suko tengok Seniman Daeng Idris dan Ahmad Hisfu. Dan tentunya Salleh Kamil. Waktu itu best punya lakonan. Kito lihat jo dalam coghito Semerah Padi
ReplyDeleteSodih bona eden tengok keadaan panggung ini yang dulunya tompek budak-budak TBS tengok wayang. Di zaman den tak ponah den nonton dongan teket lobih daripada seringgit. Kadang-kadang duduk kek tompek teket boghogo 40 sen. Pueh tongadah korano dokek bona dongan kain layar putih di dopan. Maklumlah duit tak ado.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMmg nostalgia tul.pluang tgk wayang hanya masa raya tu pun sb dpt duit "takbir" dr umah ke umah pd mlm raya.filem pertama yg ditonton dipanggung ini adalah filem cowboy bertajuk "the good the bed and the ugly lakunan clint eastwood..
ReplyDelete