Thursday, 19 July 2012

SEORANG IBU TUA BERSAMA ANAK PENDIAMNYA...


Zahriman Alias (kanan) bersama kenkawan di Reuni 1, Kedai Kopi Shah Alam 1 Mei 2012.

Dalam tahun 1965 kalau tak salah, semasa pertengahan penggal dah, seorang ibu telah datang ke asrama TBS dan menyerahkan anaknya, nama lupa, untuk tinggal bersama-sama kami di asrama. Dia murid Form II rasa nya. Bagi kami penghuni2 asrama memang tidak ada masalah menerimanya, tetapi yang bermasalah adalah budak itu sendiri. Dia tidak tahu dan tidak mahu bercampur dengan pelajar lain. Dia hanya bersendirian, tidak bermain, tidak berkawan malah tidak bercakap dengan pelajar2 lain. Namun degil pulak tu, tak dengar cakap orang, tak boleh disuruh dan tak boleh ditegah.
Budak macam ni mana sesuai duduk asrama. Bila kita cakap lebih sikit kepada dia atau tegur je sikit, dia terus akan menghempaskan dirinya kelantai atau ketanah dengan sekuat hati, tak kira di mana jua dia berada ketika itu. Dia akan berguling2, menjerit2 dan memukul badannya bertalu2, terutama di bahagian dada dengan sekuat2 hatinya, seolah2 dia hendak mencederakan diri atau hendak membunuh diri. Kejadian begini berlaku bukan sekali dua, malah hampir setiap hari. Ini menyebabkan bukan dia sahaja yang trauma bahkan seluruh asrama pun menjadi trauma.
Pastinya budak ni ada masalah kesihatan fisikal dan jugak mental. Kalau dilihat fisikalnya, dia kurus kering. Kalau dilihat keadaan pergaulannya dia memang ada masalah mental. Yang menghairankan mengapakah pihak keluarganya tergamak menghantar budak yang sebegini keadaannya untuk tinggal di asrama. Bukankah lebih baik dia berada dalam pengawasan dan bimbingan keluarganya sendiri. Atau mungkinkah keluarganya sengaja menghantar kanak2 itu ke asrama kerana mereka sendiri tak berupaya mengawasinya. Apa pun, saya tidak pasti bagaimana keadaan seterusnya budak ini, kerana selepas beberapa bulan, pihak asrama terpaksa memanggil keluarganya untuk membawa dia balik ke rumah.

 The moral of the story: Kalau beban tu beban kita, ia beban kitalah. Tak usahlah beban kita diserah kepada  orang lain.......
Bangunan Asrama TBS Tampin. Seorang ibu menghantar anaknya masuk asrama ini tahun 1965. Anaknya pendiam dan tak banyak cakap.

Zahriman Alias 20 Julai 2012


No comments:

Post a Comment

Klik Link ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...