Saturday, 21 July 2012

KISAH ZIARAH GURU MATEMATIK DI "TEMARU" CINA



Pasangan suami isteri, Mr. dan Mrs Nadarajah, kedua-duanya mantan guru Matematik kami ketika di Tunku Besar Tampin (1961-62). Gambar dengan ehsan Mohd Zain Mohd Yassin.

“…Seperti halnya pada tahun baru Cina (temaru Cina) sebelum ini, saya selalu terkenangkan  kawan-kawan yang sama sebaya  dan sama sekolah seperti R. Sivarajah, Parameswaran, Tan Cha Lai, Tai Khoo Sian, Chong Hee dan Abdullah (Ayob). Kami berkawan rapat. Pada suatu masa kami berbincang untuk berkunjung ke rumah guru kami, MissChia pada hari kedua Taun Baru Cina. Oleh kerana kami tinggal di setiap penjuru mata angin  maka kami buat temu janji di Perhentian Bas Pulau Sebang yang bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan. Kebetulan pula rumah Miss Chia itu dekat dengan perhentian bas.
Pada hari yang ditetapkan kami pun berjumpalah. Sebelum berjalan menuju  ke rumah guru kami membayangkan  sampul surat merah dan isinya. Duit dalam kocek masing-masing tidak banyak. Saya sendiri cuma ada 30 sen untuk tambang bas.

Kami berpakaian baru hari itu. Seolah-olah kami menyambut  Hari Raya dan Hari Deepavali. Di depan rumah Miss Chia ramai orng edang berkerumun. Mereka sedang menyaksikan  tarian singa. Tidak berapa lama kemudian muncul guru kami  di muka pintu. Dia masih memakain apron masak dan dia melambai kami masuk.
“Lagi menggoreng kueh tiau,” katanya dalam bahasa Inggeris. Abdullah dan saya berpandangan.

“Jangan takut. Kuali baru beli. Makanan halal,” katanya lagi. Dia seolah-olah tahu mengapa kami berpandangan.
Kami dating mahukan angpau, bukan nak makan sangat. Paling-paling kami akan minum air oren limau dan makan kacang dan maruku. Miss Chia siapkan kuih maruku setiap tahun. “Itu kuih semua orang suka,” katanya.

Selama dua jam kami di rumahnya. Sembang-sembang. Sementara Miss Chia sibuk pula melayan tamu yang dating. Biasanya setiap kali kami berkumpul, Sivarajalah yang jadi tukang kepo. Dia bercakap Inggeris macam air, tetapi telornya India. Dia cakap Inggeris seperti dia cakap Tamil. Tutur bahasa Inggerisnya berpintal-pintal seperti kuih maruku di hadapan kami.
Dia selalu cerita tentang musim durian dan makan lemang serta rending pada Hari Raya Aidilfitri. Tidak habis-habis dia bercerita tentang  peristiwa  salah seorang daripada kami di hempap durian semasa mencari durian di Dusun Nangka di Ulu Pari, Gadong. Kalau tak silap kawan yang dihempap pokok durian itu Chong Ngit Sin namanya, sedarjah dengan kami. Peha Ngit Sin yang terkena hempap durian itu berbintik-bintik merah dengan darah mengalir keluar. Teruk juga kami memapahnya keluar kerana dusun itu terletak di curam bukit.

Apabila tiba masa berangkat pulang Sivarajah masih juga belum berhenti bercerita. Setelah Miss Chia menghulurkan sampul merah, kami pun minta diri. Kami terus masukkan sampul merah ke dalam kocek kerana segan hendak membukannya di depan guru. Hilang sahaja rumah Miss Chia daripada pandangan, kami pun berebut-rebut membuka sampul surat masing-masing. Setiap orang hendak tahu isi sampul. Setelah itu kami berpandngan lagi beberapa ketika.
Kami tersenyum lalu ketawa terbahak-bahak sepanjang jalan. Setiap orang menerima dua ringgit. Bukan kepalng sukanya sebab kami jarang menerima wang begitu besar. Paling banyak kami terima duit sekolah daripada orang tua 20 sen sehari. Sivarajah menjerit kesukaan.

Demikinlah, setiap Tahun Baru Cina kami tidak lupa ke rumah guru Matematik kami itu, walupun dia tidak mengajar kami lagi.  Sehinggalah kami tamat sekolah. Kerukunan kami berkawan sudah sampai ke peringkat adik-beradik. Hormat kami kepada guru Matematik kami, walaupun dia masih muda, tetap kami rasakan hingga ke hari ini. Miss Chia sudah berkeluarga dan suaminya seorang guru Matematik juga, tetapi daripada keturunan India.Namanya Mr. P. Nadarajah.
Kawan kami, Sivarajah bekerja dengan Kerajaan. Parameswaran  menjadi seorang doctor sudah mendiang. Kali terakhir kami dengar dia bertugas di Hospital Besar Melaka. Tan Cha Lai (Berjaya dalam bidang insurans) telah menjadi mualaf, menukar namanya  kepada Mohd. Sany  Abdullah kerana dia berkahwin dengan wanita Melayu. Tai Khoo Sian dan Cheng Hee meneruskan tradisi perniagaan keluarga masing-masing sementara Abdullah bertugas dI firma broker saham.

Sesekali kami berhubung dan bertanya khabar. Kadang-kadang kami saling mengingatkan tentang masa silam. Dalam hal ini ada satu gejala yang tidak akan dapat kami lupakan. Gejala itu tidak mungkin dialami oleh anak-anak muda sekarang. Dahulu, menjelang Tahu Baru Cina  orang Melayulah yang paling bimbang. Sebabnya, pada waktu itu hampir semua peniaga di pasar dan kedai runcit terdiri daripaa orang Cina. Biasanya peniaga-peniaga ini tutup kedai sampai seminggu. Pasar pun tutup. Maka orang Melayu siang-siang lagi sudah simpan bekalan barang makanan cukup untuk seminggu. Sesiapa tidak menyimpan alamat berlaparlah seminggu.
Hari ini, soal simpan barang atau berlapar semasa Tahun Baru Cina sudah tak timbul lagi sejak dasar menyusun semula masyarakat di perkenalkan selapas Peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Telah ramai orang Melayu berniaga. Hari ini di pasar malam, di daerah-daerah yang banyak terdapat penduduk Melayu peniaganya terdiri daripaa kalangan orang Melayu sendiri. Tidak pernah lagi kita dengar orang Melayu bersungut atau berasa bimbang tentang bekalan tak cukup menjelang Tahun Baru Cina. Tidak ada lagi orang menyimpan beras, garam atau gula. Pada bila-bila masa dalam perayaan Tahun Baru Cina barang-barang itu boleh didapatkan….Gong Zi Fa Cai”!

(Petikan sebahagian daripada artikel “Hidup rukun Menyambut Tahun Baru Cina” oleh A.F.Yassin yang tersiar dalam Kolum “Sembang-Sembang” yang tersiar dalam akhbar mingguan Utusan Zaman, 6 Februari 1994).

7 comments:

  1. Zahriman Alias
    Saya dah baca artikel oleh abang Ahmad Fadzil Yassin mengenai lawatan ke rumah Miss Chia, guru mathematiknya semasa temaru Cina dizaman persekolahan, yang dimuatkan dalam Alumni TBSST. Saya kagum dengan artikel itu. Saya dah cuba membuat komen di sana tapi tak boleh keluar, mungkin masih tak pandai2 aku ni.

    Paling menarik ialah kisah bagaimana masa dulu2, diperingkat sekolah, murid2 bergaul mesra antara kaum tanpa sebarang stigma perkauman. Kami murid dulu2 berkawan bersama, bermain bersama, berhari raya bersama, melawat dusun durian bersama seolah tiada langsung perasaan curiga di antara kami. Malah, sebenarnya konsep 1 Malaysia telah lama diterapkan di negara kita, tetapi oleh generasi yang dahulu sahaja. Malangnya keadaan begini sudah tidak kedapatan lagi pada hari ini. Lihatlah di sekolah2 masa sekarang, murid Melayu sesama Melayu saja, murid2 Cina dan India sesama mereka juga. Kekurangan interaksi antara kaum menyebabkan jurang perbezaan antara kaum kini kian ketara. Ini lama kelamaan pasti akan menyebabkan situasi keselamatan yang merbahaya. Sistem politik, sistem kemasyakatan, sistem pelajaran dan sistem ekonomi yang ada sekarang tidak banyak membantu kearah penyatuan kaum. Jika parti2 politik yang sedia ada, yang hampir kesemuanya berasaskan perkauman, dibenar mengeksploitasi isu2 perkauman tanpa sekatan, terutamanya selepas pemansuhan ISA, adalah dikhuatiri, suatu hari nati, bom jangka ini akan meletup. Ketika itu senarionya pasti jauh lebih teruk berbanding dengan apa yang telah berlaku 43 tahun yang lalu. Adakah Kerajaan sekarang bersedia menghadapinya, PDRM sekarang bersedia, undang2 sekarang bersedia, dan masyarakat sekarang bersedia....????Renung renungkanlah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Zahriman komennya. Sekarang ini fahaman dan aliran politik mempengaruhi kehidupan. Unsur perpaduan tidak lagi datang dengan sendiri. Pada saya ini semua disebabkan oleh sikap kerakusan yang berlebihan sehingga menanamkan rasa kebencian yang meluap-luap. Semua atas nama pengaruh dan kuasa. Apa yang saya ceritakan dalam kisah sewaktu sekolah dulu itu sudah jarang kita ihat sekarang. Ketika itu meang ada rasa perkauman tetapi terlalu minimal dan kita anggap ia sporadik sifatnya. Memang ada seorang kawan kita bukan Meayu cuba menanamkan sikap begitu tetapi dia akhirnya dipinggirkan. Dan kisah yang saya tulis itu adalah kisah benar dan benar belaka. Terutama apabila kita bawa keluar kawan kita yang dihempap durian itu turun dari bukit beramai-ramai. Ketika itu kita tidak sedar siapa memegang dan memapah siapa. Saya tak sedar baju siapa yang digunaan untuk membalut luka di peha rakan kami itu. Begitulah akrabnya kita.

      30 minutes ago · Like

      Delete
  2. Anon
    apakah sebab sistem pendidikan yang menjadikan kita seperti hari ini. Jiran kita Indonesia malah lebih baik. Semangat nasionalisme dan integrasi kaum agak terserlah

    ReplyDelete
  3. Sejak mereka sistem pendidikan kita terlalu bersifat akomodatif sehingga hari ini kita lihat kesannya kepada negara. Terlalu fragmented, kompartmentalis,masing-masing kaum ingin menonjolkan identiti masing-masing sehingga menggerhanakan unsur perpaduan sebagai satu bangsa. Aduhai!

    ReplyDelete
  4. Apakah kita mahu salahkan sistem pendidikan kita yang terlalu akomodatif dan kompartmentalis? Indonesia adalah jiran yang tahu mencorakkan sistem pendidikan bangsanya dan mengerti kesulitan yang akan dihadapi andainya semangat nasionalisme sayangkan bangsa tidak diwujudkan sejak negara itu merdeka pada tahun 1945. Sifat dan sikap cauvinistik kurang ketara.Barangkali Indonesia banyak belajar daripaa sejarah, terutama bagaimana Belanda menggunakan bahasa, misalnya, untuk "menyatukan" rakyat yang dijajahnya supaya "berbahasa satu, iaitu Bahasa Indonesia. Dan mereka memilih bahasa itu kerana tradisinya ia merupakan bahasa pemersatu dan lingua franca. Dengan demikian selama beratus tahun bangsa yang dijajah lebih mudah diperalat. Indonesia tidak menggunakan bahasa Jawa atau lain-lain, baik ketika mereka dijajah mahupun ketika selepas merdeka.

    ReplyDelete
  5. Habis camno Beb, penduduk jiran kita Indonesia itu hampir homogenous sifatnya, 90% pribumi dan hanya 10% sahaja bangsa lain. Di Malaysia nisbah penduduknya hetrogenous, 60% pribumi, dan 40% lagi dikuasai dua bangaa terbesar lain. Mereka juga mahu menonjolkan identiti bangsa mereka. Satu hal lagi kebanyakan daripada kita lebih menghargai bahasa yang bukan bahasa kebangsaan, tidak kiralah bahasa yang mereka gunakan itu tunggang langgang grammarnya asalkan bukan bahasa kebangsaan. Contohnya, lihat sahajalah menteri-menteri kita, dalam majlis yang audiennya majoriti rakyat Malaysia pun mereka masih nak gunakan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan. Kadang-kadang nak ketawa pun ada apabila orang kuat DBP nak perkenalkan audit bahasa Melayu. Payah Beb, payah!

    ReplyDelete
  6. Jam niafy ta yah simpan stok seminggu untuk hari raya cina. Sebab pasaraya cepat bukak meniaga. Cina dullu terlalu ikut tradisi pantang larang mereka. Sekaran mereka dah terlalu money minded. Pantang larang dah ketepi dah. Demikian perubahan masa.

    ReplyDelete

Klik Link ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...